CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7302|Reply: 0

[Sarawak] KKM pantau wabak JE di Mukah dan beri vaksinasi

[Copy link]
Post time 17-12-2024 03:18 PM | Show all posts |Read mode


Lukanisman ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Appresiasi SMK Taman Tunku 2024 di Miri, hari ini.

MIRI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudahpun mengarahkan pasukan dari Pejabat Kesihatan Bahagian dan Daerah untuk turun padang memantau keadaan wabak Japanese Encephalitis (JE) yang berlaku di Kampug Tanjung di Mukah.

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, pada masa yang sama, pasukan entomologi (kaji serangga) KKM juga sudah berada di sana (Mukah) untuk memberikan suntikan vaksin JE.

"Kita sudah kerahkan Pejabat Kesihatan Daerah dan Bahagian untuk memantau keadaan tersebut (di Mukah) dan Jabatan Kesihatan Negeri akan sentiasa memberi maklum balas kepada ibu pejabat di peringkat kementerian (KMM).

"Pasukan entomologi juga sedang melakukan suntikan vaksin JE. Kita akan melakukan kerja-kerja pencegahan dalam lingkungan dua kilometer dari kawasan tersebut (punca wabak)," katanya kepada pemberita di sini hari ini untuk mengulas mengenai isu penyakit JE yang dikesan berlaku di Kampung Tanjung, Mukah baru-baru ini.

Sehubungan itu, Lukanisman menggesa kerjasama masyarakat setempat, khususnya ketua kaum dan ketua masyarakat (KKKM) untuk memastikan kawasan sekitar kediaman penduduk, terutama air yang bertakung dibersihkan dan bebas daripada pembiakan nyamuk.

"Ia sama seperti kita menangan aedes, sebab semua nyamuk ini daripada keluarga nyamuk Culex yang membawa penyakit.

"Walaupun kes yang berlaku di Kampung Tanjung ini dianggap kes terpencil, namun kita tetap mengambil langkah berjaga-jaga kerana masalah ini boleh menjadi wabak dan sekarang ia sudah berlaku Mukah," katanya lagi.  

Pada Jumaat, Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah Dr Muhammad Najib Hasan berkata, pengisytiharan kes JE berlaku di Kampung Tanjung, Mukah, selepas pihaknya menerima pengesahan keputusan serologi JE IgM positif dari Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan pada 4 Disember lalu.

"Wabak kes JE diisytiharkan berlaku," katanya menerusi satu kenyataan media.

Dalam perkembangan lain, mengenai wabak African Swine Fever (ASF) di Serian, Lukanisman berkata ia adalah tanggungjawab Jabatan Veterinar, namun KKM sentiasa bersiap sedia dan memberi kerjasama penuh untuk membantu menangani wabak tersebut.

"Ketika ini, keadaan masih terkawal, namun kita akan memantau dengan rapi jangkitan-jangkitan yang berlaku di Serian dan akan bekerjasama dengan pihak veterinar untuk mencegahnya.

"Namun paling penting sekali ialah kesedaran pengguna, terutama menjelang musim perayaan ini, supaya mereka berhati-hati dengan sumber daging babi itu sebelum membuat pembelian kerana kita takut kalau babi-babi dari sumber tidak diketahui ini ada membawa virus atau dijangkiti ASF," katanya lagi.

Terdahulu, Lukanisman telah merasmikan Majlis Appresiasi SMK Taman Tunku 2024 di sebuah hotel di sini, hari ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.663547 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list