CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7454|Reply: 0

[Sarawak] Pelaburan dalam pendidikan adalah paling berharga untuk masa depan pelajar

[Copy link]
Post time 17-12-2024 03:19 PM | Show all posts |Read mode


Leong (kiri), Matthew (dua kiri) dan Peter (kanan) menunjukkan motto sekolah 'Go St Jo Go' yang digantung oleh mereka sebagai simbolik perasmian Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) 2024 SMK St Joseph Miri, hari ini.

MIRI: Pelaburan dalam pendidikan adalah pelaburan paling berharga untuk masa depan negara kerana pendidikan bukan sekadar memberikan ilmu, tetapi juga membentuk sahsiah dan nilai-nilai murni pelajar yang merupakan generasi masa depan negara.

Justeru, ibu bapa dan guru perlu bekerjasama untuk memastikan pelajar mendapat pendidikan terbaik, demikian menurut Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man.
Menurut Chiew, ibu bapa perlu sentiasa menjadi tonggak kekuatan dan pendorong kejayaan anak-anak mereka.

"Tidak dapat dinafikan kejayaan pelajar tidak akan tercapai tanpa bimbingan dan dedikasi para guru.

"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru dan pihak sekolah atas usaha gigih anda dalam mendidik, membimbing dan menginspirasikan pelajar.

"Anda adalah tiang utama dalam membentuk generasi masa depan.

"Pada masa yang sama, kita juga tidak boleh melupakan peranan besar ibu bapa dalam kejayaan pelajar. Sokongan, dorongan dan doa anda adalah kekuatan di sebalik kejayaan mereka," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) 2024 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph Miri, hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh wakilnya Leong Ah Long.

Dalam pada itu, Chiew turut melahirkan keyakinan bahawa para pelajar SMK St Joseph Miri akan terus menjadi generasi yang membawa kebanggaan kepada keluarga, masyarakat dan negara, khususnya mereka yang telah menerima anugerah dan penghargaan atas pencapaian cemerlang mereka hari ini.

"Kepada semua pelajar, jadikan kejayaan dalam peperiksaan sebagai langkah awal untuk mengejar impian anda.

"Tanamkan semangat ingin terus belajar, sentiasa memperbaiki diri, dan menjadi insan yang memberi manfaat kepada masyarakat," katanya.

Namun, beliau turut mengingatkan mereka bahawa kejayaan akademik bukanlah satu-satunya ukuran kejayaan.

Dalam pada itu, lebih 150 pelajar telah menerima sijil dan anugerah mereka dalam pelbagai kategori seperti Anugerah Kehadiran Unggul, Amalan Sahsiah Terpuji, Pengurusan Badan Beruniform serta anugerah kokurikulum dan anugerah akademik yang turut terdiri daripada beberapa kategori melibatkan kelas perdana dan kelas pendidikan khas.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK St Joseph Miri Matthew Silek serta Pengetua Peter Use Lenjau.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.088100 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list