CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7826|Reply: 0

[Sarawak] KPDN kenal pasti zon khas jual barang kawalan tanpa subsidi di sempadan

[Copy link]
Post time 17-12-2024 03:26 PM | Show all posts |Read mode


Fadillah bersama Armizan (tiga kanan) menyaksikan Majlis Menandatangani Aku Janji Kita Gempur oleh 11 syarikat minyak selepas Mesyuarat Penyelarasan Penguatkuasaan Menangani Isu Ketirisan Barang Kawalan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan di BCCK, hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengenal pasti zon khas untuk penjualan barangan kawalan tanpa subsidi di kawasan sempadan serta pulau-pulau berdekatan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia bagi menangani isu ketirisan barang kawalan memandangkan ketika ini masih ada penjualan barang-barang bersubsidi di kawasan sempadan.

"Justeru, kita mahu menentukan zon khas di kawasan sempadan ini bagi membolehkan penjualan barang-barang kawalan tanpa subsidi ke negara jiran.

"Antara barang yang dibenarkan dijual di kedai-kedai khas di kawasan sempadan termasuk minyak masak botol, gula premium dan tong gas petroleum cecair (LPG) tanpa subsidi yang pernah diperkenalkan suatu ketika dahulu juga akan dilaksanakan semula.

"Dengan mekanisme ini, sekurang-kurangnya ia dapat menangani kes penyeludupan serta memudahkan rakyat di kawasan sempadan Indonesia atau Thailand membeli barangan yang tidak mempunyai subsidi," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Penguatkuasaan Menangani Isu Ketirisan Barang Kawalan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan dihadiri oleh wakil-wakil daripada pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.

Sehubungan itu, Armizan berkata, kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri serta agensi lain untuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk zon khas terbabit.

"Ini termasuk membincangkan sama ada kita turut melibatkan kedai yang sedia ada di kawasan itu untuk melaksanakan zon khas ini," jelasnya.

Menurut beliau, konsep sama pernah dilaksanakan di Pulau Sebatik, Sabah-Indonesia namun dihentikan ekoran masalah teknikal.

"Pada peringkat awal, penjualannya laris. Namun, terdapat isu berbangkit apabila rakyat tempatan sendiri mendapatkan bekalan itu dari luar Pulau Sebatik dan menjualnya pula secara haram kepada rakyat Indonesia.

"Oleh itu, kita sekarang ini dalam usaha untuk memperkasakan pemantauan di Pulau Sebatik dan pada masa sama, kita juga ingin memperkenalkan kebenaran menjual barang tanpa subsidi di sempadan berkenaan," jelasnya.

Terdahulu, turut diadakan ialah Majlis Menandatangani Aku Janji Kita Gempur oleh syarikat-syarikat minyak yang juga merupakan antara rakan strategik KPDN.

Aku janji itu melibatkan 11 syarikat minyak di Malaysia iaitu Petronas, Shell, Petron, Caltex, BHPetrol, Xcel, FIVE, PETROS, Buraq Oil, SMART dan Petro Teguh yang turut membantu usaha kerajaan memerangi ketirisan dan manipulasi barang kawalan terutamanya diesel dan petrol.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.504157 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list