CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11484|Reply: 0

[Sarawak] UTS catat kadar kebolehpasaran graduan lebih 96 peratus

[Copy link]
Post time 17-12-2024 03:55 PM | Show all posts |Read mode


Kenamaan dan tetamu jemputan merakam gambar kenangan bersama graduan yang diraikan pada majlis makan malam di Sibu, malam tadi.

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) berjaya mencatat kadar kebolehpasaran graduannya melebihi 96 peratus, kata Naib Canselor UTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid.

Beliau berkongsi berita baik itu pada majlis makan malam Majlis Konvokesyen Ke-9 UTS di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, malam tadi.

“Saya ingin berkongsi berita baik, atau maklumat baik kepada anda semua malam ini, di mana data terkini daripada Kementerian Pengajian Tinggi, merekodkan kebolehpasaran graduan kami adalah lebih daripada 96 peratus.

“Jadi tahniah kepada graduan kita,” katanya.

Selain itu, Khairuddin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan industri UTS.

Beliau berkata, kejayaan universiti bukan sahaja diukur dengan kecemerlangan akademik tetapi juga dengan pengiktirafan dan kepercayaan yang diperoleh daripada industri.

Katanya lagi, tanpa sokongan daripada pihak industri yang tidak berbelah bahagi khususnya di Sibu, UTS tidak dapat mencapai apa yang ada pada hari ini.

“Di sini di Sibu, kami berbangga kerana telah membina persahabatan yang kukuh dengan ramai pemimpin industri yang sentiasa menyokong kami, memberikan panduan, kritikan, dan pujian, membantu kami berkembang dan cemerlang.

“Sokongan mereka telah membolehkan UTS melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga sedia untuk industri, graduan yang menyumbang kepada pembinaan Sarawak dan negara kita,” katanya.

Pada majlis tersebut, seramai 43 pelajar telah menerima pelbagai anugerah.

Anugerah tersebut termasuk Anugerah Kecemerlangan Industri yang ditaja oleh WTK Holdings Berhad, KTS Trading Sdn Bhd, dan Pansar Company Sdn Bhd; Anugerah Presiden BEM yang ditaja oleh Lembaga Jurutera Malaysia; Anugerah RISM (Institut Juruukur Diraja Malaysia); Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sarawak (Yayasan Sarawak); Anugerah Kepimpinan Cemerlang Hock Peng (Hock Peng Engineering Sdn Bhd) dan Anugerah Kecemerlangan Hock Peng (Hock Peng Engineering Sdn Bhd).

Lain-lain anugerah adalah Anugerah Kecemerlangan SHEF (Yayasan Pengajian Tinggi Sarawak); Anugerah Kecemerlangan Industri Caliphs Digital Group (Caliphs Digital Group Sdn Bhd); Anugerah Kecemerlangan Sarawak Energy (Sarawak Energy Berhad); Anugerah Kepimpinan Sarawak Energy (Sarawak Energy Berhad); Anugerah Kecemerlangan Akademik MELILEA (Kumpulan Syarikat MELILEA International); Anugerah Kepimpinan Cemerlang MELILEA (Kumpulan Syarikat MELILEA International); Anugerah Buku (Yayasan Pengajian Tinggi Sarawak, Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce, Sarawak Energy Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad), dan Anugerah Kepimpinan Cemerlang (LEAd) Platinum.

Antara yang hadir ialah isteri Khairuddin Datin Dayang Mariani Abang Zain, ahli Lembaga Pengelola UTS Roni Adrian, Timbalan Naib Canselor (Akademik) Prof Dr Mohammad Shahril Osman dan tetamu jemputan lain.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.493876 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list