CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34921|Reply: 16

Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - Menteri Pelancongan, King Sing

[Copy link]
Post time 17-12-2024 08:11 PM | Show all posts |Read mode





PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyifatkan isu perkauman, agama dan politik sebagai boleh merencatkan usaha menarik pelancong asing dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).


Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, isu-isu tersebut tidak sepatutnya dikaitkan dengan sektor pelancongan khususnya dengan kehadiran pelancong dari China memandangkan mereka antara penyumbang terbesar kepada hasil ekonomi Malaysia.


Jelas beliau, sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.


"Saya nak beri nasihat kepada saudara-saudari daripada semua kaum, kita mesti bekerjasama. Kita cuba sedaya upaya (tarik pelancong) China dan China juga tolong kita mempromosikan Malaysia.


"Bukan sahaja negara kita, malah saya pergi Arab, mereka pun agresif melakukan kempen di China dan minta pelancong China datang ke negara itu. Ini kerana, pelancong dari China banyak berbelanja dan apabila mereka berbelanja di negara kita, ekonomi akan berkembang.


"Kalau kita macam rasis, siapa mahu datang? Sekarang ada TikTok dan sosial media, suruh pelancong China jangan datang Malaysia kerana Malaysia didakwa bersifat rasis.


"Kalau kita sebegitu, siapa lagi nak datang? Kita sepatutnya mengalu-alukan semua pelancong dari mana-mana negara. Bukan saya sebagai Cina, saya nak pelancong China datang," katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI dan beberapa media di sini, baru-baru ini.


Mengulas lanjut, King Sing berkata, sektor pelancongan menjadi antara penyumbang terbesar kepada ekonomi negara, dengan setakat September tahun ini, jumlah pendapatan yang diperoleh hasil ketibaan pelancong asing adalah sebanyak RM73.32 bilion.


Katanya, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 48.8 peratus berbanding Januari hingga September 2023 dan 10.8 peratus bagi 2019.


"Jangan semua perkara berkait dengan politik. Kalau kita buat seperti itu, memang kita tidak akan berjaya termasuk VM2026 dan Kepengerusian ASEAN 2025.


"Orang semua takut kalau kita memiliki sikap seperti itu kerana jadikan isu agama... siapa mahu datang," katanya lagi.


Dalam perkembangan sama, King Sing berkata, MOTAC sedang berusaha menjalin kerjasama dengan negara-negara lain seperti Arab Saudi dan pempengaruh media sosial dalam mempromosi industri pelancongan Malaysia.




MOTAC siasat isu tular 'kekecewaan' pelancong China


Sementara itu, King Sing turut mengulas mengenai isu tular berhubung dakwaan pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman semasa melancong ke Malaysia.


Jelas beliau, pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut dan mengenal pasti punca sebenar kejadian.


"Saya masih lagi siasat kenapa mereka bersikap sebegitu kerana awal-awal mereka datang dan memang mempromosikan Malaysia. Tetapi baru-baru ini ada kejadian sebegitu.


"Saya cuba kenal pasti punca sebelum saya komen. Saya sudah minta tolong dengan China melalui ejen pelancongan atau mana-mana platform untuk membantu saya menyiasat.


"Sebab itu saya cakap, semua pihak kena kerjasama... Kalau hari-hari menghina pelancong dari China, mereka pun kecewa," kata King Sing.


Bagi tempoh Januari hingga November 2024, seramai 3.04 juta pelancong China mengunjungi Malaysia, menjadi antara lima penyumbang tertinggi selain Singapura (8.05 juta), Indonesia (3.27 juta), Thailand (1.50 juta) dan Brunei (1.01 juta).




Sumber – Astro Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2024 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehhh sepet tongkang ni lagi???
Kalau berita pasal sepet tongkang ni akak takdenya nak baca konteks.... akak cerca je terus
Begitu kesumat benci kat sepet tongkang nih

Bila nak naik tongkang berambus ke tanah besar?????
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 08:32 PM | Show all posts
well, you the one who started it all tho. you fan the flames even more, each and every time. even now

now the locals hate tourists, even more than before.
tourists? outsiders hate malaysia? nah middle finger to them.
congrats menteri "pelancongan".

"monyet di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan"

kalau menteri tak jaga rakyat, rakyat jaga rakyat, simple as that.
and your words doesnt carry weights anymore. bye bye
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 09:09 PM | Show all posts
Menteri pelancongan pun racist jaga pelancong China aje. Pelancong lain tak laku ke? Prfff...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 18-12-2024 10:29 AM

sukati aku la...memang x nak 'saudara hang' mai pung..dgn perangai kejinjangan,kebukitan...duduk jer la dalam gua spt disarankan menteri formula...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
biba ni tak patut ada dlm kabinet
aura dia negatif sungguh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2024 03:20 AM | Show all posts
ngam la bnyk yg tak pelancong china tu datang..p m*mp*s ko punya cadangan
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 07:44 AM | Show all posts
bagus dia ni, menguntungkan parti politik pembangkang untuk PRU akan datang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 09:13 AM | Show all posts
shamsadis replied at 18-12-2024 07:44 AM
bagus dia ni, menguntungkan parti politik pembangkang untuk PRU akan datang

punca kan
mudah keje kita


Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Iya ke pelancong kecewa....bukan ke pelancong gumbira smp x keluar2 drp sini[em:22:][em:22:]
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:34 PM | Show all posts
Memang ada segelintir ummah yang tak kisah kalau industri ranap pun sebab they have nothing to lose. These people haven't been a part of anything except maybe subsidy.

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 08:46 AM | Show all posts
menteri madanon kesayangan orang sarawak

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 09:39 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 19-12-2024 09:44 AM

Untuk menjaga ideologi, kebesaran, kesucian dan kemuliaan bangsa melayu mahawangsa di atas muka bumi ini... tampaknya politik racism, apartheid, perkauman dan discrimination serta feudalistic  memang perlu dilanjutkan dan dikekalkan agar X dicemarkan atau dilemahkan oleh bangsa-bangsa lain yang lebih rendah dan hina daripada bangsa melayu mahawangsa ...

Untuk itu perlulah digandakan bermacam-macam propagranda yang lebih vulgar  untuk membentuk perilaku narcistic dan  percaya diri yang tinggi kepada semua anak cucu keturunan  bangsa melayu sejak mereka lahir... Upaya yang harus dilakukan agar terus menjaga citra diri melayu di mata bangsa melayu sendiri...

TAHNIAH .... Semoga Selalu Sukses   mempertahankan status sebagai sebuah Mahawangsa Penguat Kuasa Alam Melayu  yang memang  anda klaim dan akui sebagai Imaga anda yang sebenarnya ...

Sekali lagi ... TAHNIAH...Biarlah Dunia berubah asalkan jangan Bangsa Melayu Mahawangsa ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 12:46 PM | Show all posts
Antara segelintir menteri yang fokus buat kerja bukan raih approval yang tak perlu. Haters will hate so why bother? Yang penting support from your own constituent is solid.

Politicians melayu semua dah hancur prinsip humban kelaut sebab terpaksa kejar undi. Yang menang pun sipi2 acik2 rasa dorang ada masa nak sakit kepala?


Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat lagi masa aku bercuti2 di maldives. Orang hotel tempat aku menginap share yg pelancong negara China yg kurang diterima kat hotel2 kat sana sebab attitude yg kurang menyenangkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nuart nk tendang king Kong nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.054037 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list