CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11368|Reply: 5

[Tempatan] Kerajaa teliti langkah kawalan media sosial Australia, Perancis

[Copy link]
Post time 19-12-2024 03:41 PM | Show all posts |Read mode
K'jaan teliti langkah kawalan media sosial Australia, Perancis

https://m.malaysiakini.com/news/729403

Diterbitkan:  Dec 19, 2024 3:07 PM
Dikemaskini: 3:07 PM

PARLIMEN | Kementerian Komunikasi meneliti pelaksanaan larangan penggunaan media sosial bagi remaja berumur bawah 16 tahun seperti diluluskan Australia pada bulan lepas sebelum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan mewujudkan undang-undang baru mengenai perkara tersebut di negara ini.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pihaknya turut melakukan penelitian terhadap pelaksanaan undang-undang di Perancis yang menetapkan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak bawah 15 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa.

“Setakat ini, kami masih meneliti bagaimana Australia dan Perancis hendak melaksanakan undang-undang itu kerana isu pertama ialah apabila ibu bapa beri telefon kepada anak-anak mereka, bagaimana kita hendak memastikan mereka bawah 13 dan 16 tahun itu tidak muat turun aplikasi media sosial dalam telefon mereka.

“Jadi siapa perlu semak dan apabila sesiapa menyalahi undang-undang memuat turun aplikasi media sosial dalam telefon mereka, siapa yang kita denda.

"Kita denda ibu bapa, budak-budak tersebut atau denda penyedia platform? Jadi memang ada banyak isu praktikal perlu kita teliti sebelum buat sebarang keputusan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Teo menjawab soalan tambahan senator Manolan Mohamad sama ada kerajaan bercadang ata tidak membuat undang-undang baru susulan Australia meluluskan undang-undang yang melarang penggunaan media sosial bagi individu berumur 16 tahun ke bawah yang akan dikuatkuasakan pada hujung tahun hadapan.

Menurutnya ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam mengawal penggunaan peralatan komunikasi oleh anak-anak mereka.

Katanya Kementerian Komunikasi sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi dan kementerian termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia dengan melaksana program seperti Klik Dengan Bijak untuk mendidik generasi muda supaya menjadi warganet bertanggungjawab dan menggunakan kemudahan internet dengan selamat.

“Laporan terkini menunjukkan untuk mereka berumur 13 hingga 17 tahun, separuh daripada mereka sebenarnya menghabiskan purata tiga jam sehari dengan telefon.

"Saya rasa ini satu fenomena yang kita perlu ambil perhatian, dan ia memerlukan kerjasama semua pihak.

“Guru sekolah ada peranan mereka, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga mempunyai peranan dan, pada masa sama ibu bapa memainkan peranan sangat penting,” katanya.

Menjawab soalan asal Manolan mengenai had umur bagi pendaftaran akaun media sosial terutamanya dalam kalangan remaja dan kanak-kanak, Teo berkata majoriti pengendali platform media sosial menetapkan had umur sekurang-kurangnya 13 tahun untuk mendaftar sebagai pengguna melalui garis panduan komuniti.

Katanya bagi memastikan tindakan kawal selia dan penguatkuasaan lebih menyeluruh dapat diambil dalam memerangi peningkatan aktiviti kemudaratan dalam talian, MCMC mengambil inisiatif dengan menetapkan syarat terhadap penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet untuk memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang akan berkuat kuasa pada 1 Jan depan.

- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Minah ni nampak kertu sgt now..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Camana deme nak detect bebudak yg guna?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 19-12-2024 03:50 PM
Camana deme nak detect bebudak yg guna?

depa ada B.A.U.........kot.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 19-12-2024 04:04 PM
depa ada B.A.U.........kot.

B.A.U. ni amender? Bau ka?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 19-12-2024 05:09 PM
B.A.U. ni amender? Bau ka?

Behavioral Analysis Unit.........
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 10:24 PM GMT+8 , Processed in 1.139296 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list