CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35266|Reply: 0

[Sabah] Isu roboh rumah balu anggota polis dieksploitasi golongan tertentu

[Copy link]
Post time 19-12-2024 04:54 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Isu perobohan rumah melibatkan Sitti Bandorah Mahalil, balu kepada seorang anggota polis, allahyarham Sarjan Abdul Azis Sarikon yang terkorban dalam peristiwa berdarah di Kampung Simunul pada 2013 adalah tidak benar dan sekadar dieksploitasi golongan tertentu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, pihak polis sudah membuat penelitian berkenaan isu perobohan rumah di Pulau Bugaya Semporna yang tular di media sosial sejak Rabu.

“Pihak polis mendapati isu ini tidak benar dan balu kepada allahyarham tidak tinggal di rumah berkenaan. Rumah terbabit adalah milik kepada ayahnya yang dibina pada 1980-an dan hanya didiami oleh adik serta anak buahnya.

“Siasatan juga mendapati Sitti Bandorah tinggal di rumahnya di daratan selain mempunyai beberapa buah rumah sendiri.

“Semasa operasi merobohkan rumah dijalankan, pihak penguatkuasa tidak pernah mengeluarkan apa-apa ugutan terhadap individu berkenaan dan yang paling penting rumah ini tidak pernah diroboh dan hanya beberapa rumah kosong yang dipercayai milik warga asing berhampiran kawasan itu yang dirobohkan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini.

Jauteh berkata, pihak polis sudah menekankan sejak dari awal bahawa mana-mana rumah milik warganegara atau warga tempatan tidak akan dirobohkan dalam operasi ini walaupun notis dikeluarkan pihak Taman-Taman Sabah dan pihak penguatkuasa termasuk PDRM merupakan sebahagian daripada kumpulan operasi berkenaan.

“Berdasarkan rekod, daripada sejumlah 3.257 rumah yang dirobohkan dalam operasi Op Koloni Setinggan ini, sehingga kini tidak ada satupun rumah warga negara Malaysia yang dirobohkan dan saya percaya bahwa isu ini dieksploitasi oleh golongan-golongan tertentu untuk cuba melemahkan operasi yang sedang dirancang oleh pihak PDRM untuk mengurangkan ataupun menghapuskan koloni-koloni setinggan pendatang asing tanpa izin (PTI).

“Untuk makluman juga, penama ini (Sitti Bandorah) juga mempunyai seorang anak pegawai kanan polis dan lebih menguatkan faktor terdapat golongan tertentu yang mencoba mengeksploitasi isu ini dan mengambil kesempatan memanipulasikan apa juga isu untuk cuba melemahkan usaha pihak berkuasa yang diketuai oleh PDRM dalam usaha untuk menghapuskan koloni setinggan PTI di Sabah,” katanya.

Jauteh berkata, kawasan yang terlibat ini adalah milik Taman-Taman Sabah dan sebarang isu berkaitan termasuk perkampungan yang didakwa sudah dibina sejak 1980-an akan diserahkan kepada pihak kerajaan negeri dan juga Taman-Taman Sabah untuk mengatasinya.

Jauteh bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan polis dan pihaknya tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan terhadap orang atau pihak yang mengeksploitasi isu ini.

“Selepas berlakunya isu ini, kita sudah menghantar pegawai kita iaitu Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna sendiri untuk berjumpa dengan keluarga ini untuk mengetahui keadaan sebenar.

“Hasil maklum balas daripada Sitti Bandorah menyatakan dia kadangkala datang ke tempat itu untuk melawat keluarganya dia turut mendakwa berlaku sedikit salah faham semasa proses ini berlangsung.

“Kita akan meneruskan siasatan dan saya harap pihak awam maklum mengenai kes ini dan tidak menyalahkan pihak berkuasa dalam melakasanakan operasi untuk mengurangkan dan mengatasi masalah kebanjiran PTI serta koloni setinggan di Sabah terutamanya di pantai timur Sabah,” katanya.

Terdahulu, tular mengenai tindakan pihak berkuasa merobohkan rumah penduduk di Kampung Alab, sebuah perkampungan air di Pulau Bodgaya, Semporna, dan salah satu rumah adalah milik balu pewira negara berkenaan.


JAUTEH


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 1.470621 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list