CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62130|Reply: 11

[Tempatan] Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP

[Copy link]
Post time 28-12-2024 02:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-12-2024 10:21 AM

Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBPFirdaus Azil
26/12/2024 08:48 MYT





Perancangan strategik DBP 2021 2025 telah menetapkan tiga tema utama, iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ekonomi; dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara.


KUALA LUMPUR: Walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan selama 67 tahun, isu penguasaan bahasa kebangsaan masih menjadi antara isu utama dalam kalangan masyarakat, kata Ketua Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Abdul Ghani Abu.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri beberapa kali menekankan peri pentingnya bahasa dalam membina sebuah negara bangsa, dan peruntukan RM50 juta untuk DBP selaku badan bertanggungjawab, jelas menunjukkan kepentingan agenda tersebut.

Tegasnya lagi, jika dilihat contoh-contoh pembinaan tamadun besar dunia, bahasa dan sastera saling berhubungan antara satu sama lain, dan menjadi satu misi dan visi buat DBP untuk terus aktif melaksanakan program dan inisiatif pemerkasaan bahasa Melayu pada tahun 2025.

(Ia ibarat) simbiosis, tanpa bahasa dan sastera, kita hanya lihat pembangunan fizikal, sedangkan apa yang hendak kita bangunkan dalam sesebuah negara, ialah jiwa dan nurani rakyatnya. Yang ini kita boleh kita kembangkan melalui bahasa.

“Saya kira itu antara beberapa kekuatan kita pada tahun 2024, dan mungkin (peruntukan RM50 juta) merupakan signal oleh Perdana Menteri bahawa 2025 nanti, DBP perlu terus aktif untuk memperbanyak lagi program berkaitan dengan bahasa dan sastera,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu bersiaran bersama-sama hos Agenda AWANI, Fauzi Zin, bagi membincangkan tentang peranan bahasa Melayu sebagai khazanah bangsa.

Sewaktu membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri turut memperuntukkan RM50 juta untuk DBP bagi merancakkan aktiviti bahasa dan kesusasteraan, terutamanya dalam kalangan anak-anak muda.

Beliau berkata, peruntukan tersebut juga untuk inisiatif menterjemah bahasa karya-karya agung, penganjuran teater, serta memelihara bahasa kaum minoriti seperti etnik Siam dan suku lain di negara ini.

Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata, perancangan strategik DBP 2021 – 2025 telah menetapkan tiga tema utama, iaitu – Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ekonomi; dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara.

“Sepanjang dua tiga tahun ini juga kita telah melihat digitalisasi, dan juga apa yang disebut sebagai kecerdasan buatan (AI) sekarang, tentang bagaimana bahasa harus berkembang dan harus mengoptimum penggunaan teknologi dalam konteks melestarikan bahasa.

“Dalam hal ini peruntukan RM50 juta oleh PM itu menjadi cabaran hebat kepada DBP, pengguna bahasa sendiri, dan bagaimana untuk menggunakan teknologi dalam membina bahasa.

"Dan yang paling penting, bagaimana untuk kita merakyatkan bahasa ini kepada seluruh masyarakat supaya sentiasa menggunakan bahasa yang baik dan betul,” katanya lagi.


https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sudah-merdeka-67-tahun-masih-ada-kekurangan-penguasaan-bahasa-kebangsaan-dbp-502167

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2024 02:22 AM | Show all posts

Kau orang masih ingat?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2024 02:24 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-12-2024 10:25 AM

Malaysia negara pelik, rakyatnya segan guna bahasa kebangsaan – KP DBPFirdaus Azil
18/12/2024 15:34 MYT





Dr Hazami berkata, tidak ada cacat cela bila ditambah kosa kata dengan pelbagai sumber ada, baik daripada bahasa asing, bahasa serantau atau bahasa baharu yang dicipta. - Gambar fail/DBP


KUALA LUMPUR: Sikap rakyat Malaysia yang seolah-olah segan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah satu situasi yang mengejutkan, tegas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr Hazami Jahari.

Beliau berkata, situasi itu jelas menunjukkan penjajahan minda serta tidak krisis ketidakyakinan terhadap bahasa Melayu, kononnya ia tidak mempunyai nilai ekonomi, standard, serta mutu tersendiri.

Tegasnya lagi, ia sama sekali berbeza dengan mentaliti bangsa negara-negara yang maju seperti Perancis, China, Jepun dan Thailand, malah negara serantau Indonesia sendiri amat berbangsa dengan bahasa kebangsaan mereka. Saya terasa pelik dan terasa agak terkejut … Malaysia ini negara yang paling pelik di dunia, ada bahasa sendiri, tetapi segan digunakan.



“Mungkin anda pernah pergi ke negara seperti Perancis, China, Jepun, Thailand dan sebagainya.Di negara yang maju ini mereka bangga menggunakan bahasa mereka sendiri, tapi di Malaysia kita sangat segan menggunakan bahasa kita,” katanya lagi sewaktu bersiaran bersama Agenda AWANI.

Bagi memantap dan memperkasakan lagi budaya penggunaan bahasa kebangsaan, Hazami berkata, pihak DBP telah merancangkan pelbagai program dan kegiatan pada masa hadapan, khususnya pemantapan prasarana kebangsaan dan kesusasteraan.

Tambahnya lagi, dengan keprihatinan Kerajaan MADANI di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, peruntukan sebanyak RM50 juta di bawah Belanjawan 2025 akan digunakan sebaik mungkin bagi tujuan berkaitan.

“Jati diri bangsa terletak pada ukur tara bahasa, bangsa dan kesenian, jadi majunya bangsa itu bukan setekat sains dan teknologi tetapi juga dari sudut pemikiran dan budaya.

“Maka bahasa yang kita laksanakan iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, perlu kita angkat, martabat dan perkasakan, dan peruntukan inilah yang kita guna sepenuhnya,” katanya lagi.

Dalam pada itu Hazami berkata, tiada salahnya Bahasa Melayu dikembangkan dengan pelbagai sumber, kerana bahasa yang tidak berkembang dan tidak menerima perubahan, mungkin pada akhirnya ia akan mati begitu sahaja.

Beliau berkata, tidak ada cacat cela bila ditambah kosa kata dengan pelbagai sumber ada, baik daripada bahasa asing, bahasa serantau atau bahasa baharu yang dicipta.

“Konteks pembinaan Bahasa Melayu, prinsipnya ialah, apabila perkataan itu disebut dalam jumlah yang tertentu, dalam pelbagai saluran tertentu, kita rakamkan sebagai kata dalam kamus, dan pihak DBP akan beri tafsiran dan huraian.

“Dan saya nak tegaskan, kita tak kira siapa bercakap, orang itu hebat atau biasa, kalau dituturkan cukup syarat kita rakamkan. Pada saya ia adalah sesuatu yang baik kalau kita dapat menerima pelbagai sumber lain untuk keperluan bahasa kita agar berkembang,” katanya





Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 03:16 AM From the mobile phone | Show all posts
sudah merdeka 67 tahun, masih ramai tak tau yg pengokot adalah stapler
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok aje la nama mall² kat Lembah Klang ni... berapa kerat jer yang menggunakan bahasa kebangsaan.
Pemaju² pun sama naik.

Malu la sikit dengan IKEA.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahasa kebangsaan tu satu pastu skrang ni kuar pulak trend ejaan pelik2 sbb terikut2 tiktok la. Taknak kene ban kt tiktok so mengeja pun siap ada sengkang dan star. Bila tgk yg mengeja tu muka tua confirm lahir 80an. Rengsa aku. Yg aku maksudkan tu mcm ni, buruk jadi bu-rook, ganas jadi g*n*s
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2024 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketua kerajaan dan pemimpin kerajaan kebanyakkan nya melayu..tak da pun yang bersungguh-sunggah nak memartabatkan bahasa melayu. Tu belum lagi cakap pasal tokong-tokong dan kuil-kuil haram.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 09:22 AM | Show all posts
Amanz.my ada. Dia hanya mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu semata-mata. Sebagai contoh, perkataan podcast diganti dengan podsiar, bilionair diganti dengan bilionwan, dan banyak lagi..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2024 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya masalah ni bermula dr peringkat atasan juga. Cuba tgk nama jln nama tempat byk yg bukan asal bahasa kita pastu claim kata luaskan kosa kata. Sebenarnya kalau nak ikutkan perangai org melayu kita terutamanya mudah ikut bahasa atau lenggok lawan bercakap kita. Bukan tak hormat bahasa sendiri tapi macam nak lebih mesra gitu. Bila yg berwajib guna perkataan bercampur cakap seharian pun bercampur mmg nampak le penguasaan tu kurang
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Penggunaan bahasa Malaysia ni ramai dikalangan bawahan. Yg nak rasa dah terpaling berjaya tu kurang dah maunya berbahasa kebangsaan
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Hapuskn sekolah vernacular.
Buat 1 jenis sekolah aje.
Bahasa pengatar sah2 la BM.
Offer la sama subjek bhs asing mandarin, tamil, arob kalo yg berminat.
Huduh2 konoha tu semua rakyat fasih berbahasa konoha.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 28-12-2024 12:04 PM

Biasalah tu. Negara miskin aje yang hanya focus satu bahasa. Cer tengok Jepun. Menggelabah sekarang baru sibuk nak kasi orang masuk uni diorang tanpa tahu Japanese. Korea pun sama, dah boleh masuk dengan English.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.054929 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list