CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62116|Reply: 0

[Kedah] Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik sehingga jejas majoriti rakyat - PM

[Copy link]
Post time 28-12-2024 02:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 28-12-2024 02:46 AM

Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik sehingga jejas majoriti rakyat - PM

NOR SYAMIRA LIANA NOR ASHAHA
27 Disember 2024 03:28pm




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim makan tengah hari di Restoran Kak Yan Nasi Campur di Kampung Padang Gaong dan seterusnya menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Hana Kuah hari ini. Foto Pejabat Perdana Menteri





LANGKAWI - Kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang boleh menjejaskan majoriti rakyat di Malaysia.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun ada keperluan untuk tarif tersebut naik, namun ia tidak boleh melibatkan sebilangan besar rakyat.

“Kita tidak benarkan kenaikan elektrik yang menjejaskan orang ramai. Kenaikan sepertimana yang dahulu itu hanya melibatkan golongan atasan... saya sebut maha kaya atau industri mencatatkan keuntungan.


“Kebanyakan rakyat tidak terkesan dari segi kenaikan elektrik itu. Saya faham, kos meningkat.

"Walaupun meningkat, ia tidak boleh menjejaskan kedudukan majoriti rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Al-Hana, Kuah, Langkawi pada Jumaat.


Sebelum ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencadangkan jadual tarif baru dengan tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) untuk dilaksanakan bermula 1 Julai 2025.

Di bawah Tempoh Kawal Selia 3 (RP3) antara 2022 dan 2024, tarif asas ditetapkan pada 39.95 sen/kWj.



TNB menerusi makluman kepada Bursa Malaysia berkata, sebarang perbezaan dari Januari hingga Jun 2025 akan dibiayai melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan memberitahu bahawa beliau telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai menteri bertanggungjawab untuk meminta TNB memberi penjelasan.

“Secara terperincinya, TNB dan Datuk Seri Fadillah akan menjelaskannya,” ujar beliau


https://www.sinarharian.com.my/article/704179/berita/nasional/kerajaan-tidak-benarkan-kenaikan-tarif-elektrik-sehingga-jejas-majoriti-rakyat---pm.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.066505 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list