CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41176|Reply: 0

Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun

[Copy link]
Post time 29-12-2024 10:07 AM | Show all posts |Read mode

WARREN Upton meninggal pada usia 105 tahun. FOTO AP

Berlin: Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Warren "Red" Upton, bekas operator radio, meninggal dunia selepas beberapa hari dirawat di hospital pada Hari Krismas dikelilingi oleh keluarganya, organisasi Pacific Historic Parks mengumumkan di Facebook.

Pengumuman itu menerangkan bagaimana Upton berkhidmat di kapal perang USS Utah apabila ia dilanggar oleh dua torpedo dan mula terbalik. Dia dan anak kapal lain dapat berenang ke tempat yang selamat. Lima puluh lapan anak kapal terbunuh dalam serangan mengejut itu.

Pada 7 Disember 1941, tentera udara tentera laut Jepun menyerang Armada Pasifik AS yang berlabuh di pangkalan tentera laut Pearl Harbor di selatan Honolulu, Hawaii. AS, yang sehingga itu kekal berkecuali, mengisytiharkan perang ke atas Empayar Jepun pada hari berikutnya.

Upton adalah mangsa terakhir anak kapal USS Utah. Menurut akhbar tentera AS Stars and Stripes, terdapat 15 lagi mangsa yang terselamat dalam serangan itu manakala 2,335 anggota tentera AS dan 68 orang awam terkorban.

Selepas perang, Upton pulang ke rumah dan berkeluarga. Isterinya, Gene, meninggal dunia pada 2018.


Disiarkan pada: Disember 29, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.094668 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list