CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13002|Reply: 0

Kapal persiaran mega buatan China terima 600,000 pelancong

[Copy link]
Post time 30-12-2024 07:07 AM | Show all posts |Read mode

Kapal Adora Magic City. - Foto Adora Magic City

SHANGHAI: Kapal persiaran mega pertama China, Adora Magic City telah menyelesaikan 84 pelayaran dan menerima 600,000 pelancong pada tahun pertama operasi komersialnya, menurut Kastam Shanghai, lapor Xinhua.

Kapal itu memulakan pelayaran sulungnya pada 1 Januari dan mendapat sambutan hangat daripada pelancong, merangkumi 40 peratus pasaran pelayaran antarabangsa China pada 2024.

Lebih 3,000 penumpang menaiki kapal yang berlabuh di Shanghai Wusongkou International Cruise Terminal pada Ahad untuk pelayaran Tahun Baharu selama enam hari.

Kapal persiaran sepanjang 323.6 meter itu mempunyai jumlah berat kasar 135,500 tan dan boleh memuatkan sehingga 5,246 penumpang di 2,125 bilik tetamu.


Lebih 1,000 pengilang domestik dan asing terlibat dalam pembinaan Adora Magic City.

Sementara itu, kapal persiaran mega kedua buatan tempatan dijangka siap pada akhir 2026 dan akan memulakan pelayaran antarabangsa dari Guangzhou pada 2027.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.050091 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list