CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9000|Reply: 3

[Tempatan] 1.2 juta hektar tanah ada REE terdedah perlombongan haram

[Copy link]
Post time 30-12-2024 10:33 AM | Show all posts |Read mode
1.2 juta hektar tanah ada REE terdedah perlombongan haram

https://www.bharian.com.my/berit ... -perlombongan-haram

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim - Disember 30, 2024 @ 9:56am
[email protected]


Kolam pemendakan nadir bumi yang ditemui di Felda Aring 8, Gua Musang, Kelantan, 9 Disember lalu. - Foto NSTP/Paya Linda Yahya

KOTA BHARU: Lebih 1.2 juta hektar kawasan atau 12,150 kilometer persegi (km2) yang berpotensi memiliki unsur nadir bumi (REE) di seluruh negara terdedah kepada kegiatan risiko perlombongan haram kerana kaedah melombong yang mudah.

Selain tidak memerlukan peralatan berat yang banyak, REE menjadi tarikan kegiatan haram itu kerana harga jualannya yang mahal.

Penyelidik di Pusat Kajian Gold, Rare Earth and Material Technopreneruship Centre (GREAT), Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Abdul Hafidz Yusoff, berkata sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan dan negeri memberi tumpuan kepada pelombongan REE kerana ia mampu meningkatkan ekonomi negeri dengan hasil baharu.

Beliau yang juga Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan (RMD) UMK, berkata proses untuk mendapatkan hasil REE itu jauh lebih mudah berbanding perlombongan lain seperti emas atau kuari serta aktiviti pembalakan.


Dr Abdul Hafidz ketika ditemui di Universiti Malaysia Kelantan, Bachok, semalam. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Pada masa sama, lokasi berpotensi itu berada di kawasan berbukit sekali gus menyukarkan pihak berkuasa untuk membuat pemantauan bagi mengelak ia dilombong pihak tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan rekod Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), 10 negeri yang dikenal pasti berpotensi miliki REE iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Selangor dan Sarawak dengan jangkaan nilaian sebanyak RM809.6 bilion.

Daripada jumlah itu, Terengganu merekodkan kawasan berpotensi paling luas iaitu 575,000 hektar, Kelantan 205,000 hektar, Perak 135,000 hektar, Pahang 100,000 hektar, Kedah 90,000 hektar, Johor 45,000 hektar dan Melaka 10,000 hektar.

Pada 1 Jun lalu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pelan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.


REE yang sudah siap diproses dirampas di FELDA Aring 8, 9 Disember lalu. - Foto NSTP/Paya Linda Yahya

Ketika ini SOP itu sudah siap dan kementerian sedang menyiapkan pelan yang meliputi pembangunan NR-REE dari peringkat perlombongan sehingga peringkat hiliran.

Abdul Hafidz berkata, proses untuk melombong bagi mendapatkan REE juga tidak membabitkan penggunaan jentera berat sebagaimana aktiviti perlombongan lain.

"Sebagai contoh untuk satu-satu kawasan yang dikenal pasti terdapat REE, mereka hanya menggunakan beberapa bahan untuk mendapatkan hasil iaitu memasukkan paip di dalam tanah berkenaan serta memasukkan bahan kimia tertentu dalam paip berkenaan.

"Dalam tempoh dua minggu atau sebulan, bergantung kepada kepadatan dan struktur tanah, bahan kimia berkenaan akan 'menarik' REE daripada tanah keluar melalui paip terbabit hasil tarikan graviti dalam bentuk cecair.

"Selepas itu, mereka akan memproses hasil cecair REE berkenaan menggunakan bahan kimia yang bersesuaian sebelum ia bertukar menjadi serbuk karbonat.

"Serbuk REE karbonat itu akan dijual dengan harga lebih AS$4,000 untuk satu tan dan permintaan terhadap sumber REE itu adalah tinggi," katanya kepada BH.

Abdul Hafidz yang juga Pensyarah Program Teknologi Mineral, Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi berkata, lokasi potensi REE di kawasan yang berbukit selain tidak memerlukan penggunaan jentera berat, menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan melakukan perlombongan haram.

Negeri berdepan kerugian


Peralatan dan REE yang siap diproses dirampas di Felda Aring 8 Gua Musang. - Foto NSTP/Paya Linda Yahya

Beliau berkata, lebih lambat sumber REE itu mengambil masa untuk dilombong oleh mana-mana negeri, besar kemungkinan negara berdepan kerugian lebih besar akibat perlombongan haram.

"Proses melombong REE di satu-satu kawasan hanya boleh dilakukan sekali dan sekiranya sudah dilombong pihak tidak bertanggungjawab itu, kerajaan negeri sudah kerugian kerana hasil REE di situ sudah habis.

"Justeru, pemantauan di lokasi yang dikenal pasti perlu dipertingkatkan oleh agensi berkaitan sekiranya kawasan berkenaan belum dilombong bagi mengekang kegiatan perlombongan haram.

"Malah, sekiranya mana-mana negeri termasuk Kelantan memberi tumpuan khusus kepada REE, ia boleh mengurangkan kebergantungan kepada hasil pembalakan," katanya.

Pada 9 Disember lalu, polis menahan 55 individu selepas membongkar kegiatan perlombongan REE disyaki secara haram di Gua Musang, Kelantan sebelum bahan itu dikumpul serta diproses di Banting, Selangor untuk dieksport.

Semua mereka ditahan menerusi Operasi Khazanah Khas 1/24 dalam tiga serbuan berasingan dengan dua serbuan di Gua Musang dan satu serbuan di Banting bermula jam 5.40 pagi.

Serbuan pertama dijalankan di sebuah lombong REE dipercayai beroperasi secara haram di FELDA Aring 8, Gua Musang pada jam 5.40 pagi sebelum menyerbu sebuah stor di lokasi berhampiran pada jam 8.40 pagi.

Serentak dengan serbuan itu, anggota polis menyerbu sebuah gudang di Kawasan Perusahaan Olak Lempit, Banting yang disyaki menjadi lokasi transit bahan REE yang disyaki dilombong secara haram di Gua Musang.

Hasil serbuan di Olak Lempit, polis menahan empat individu, iaitu seorang tempatan dan tiga warga asing, manakala di FELDA Aring, seramai 46 suspek ditahan termasuk lima tempatan, manakala bakinya terdiri daripada warga asing pelbagai warganegara.



Penerokaan lokasi minimum, tidak jejas alam sekitar

Aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) tidak akan memberi kesan kepada alam sekitar kerana ia tidak membabitkan penerokaan kawasan secara besar-besaran.

Malah, perlombongan bahan mineral itu jauh lebih baik jika dibandingkan dengan aktiviti perlombongan lain termasuk pembalakan yang jelas memberi kesan kepada alam sekitar.

Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan (RMD) Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Abdul Hafidz Yusoff, walaupun kemungkinan perlombongan REE memberi kesan minimum kepada alam sekitar, pemantauan tetap perlu dilakukan.

"Jika mahu dibandingkan dengan perlombongan bahan lain, impaknya terlalu minimum sebab ia tidak membabitkan penerokaan tanah secara besar-besaran.

"Namun pemantauan terutama kepada air dalam tanah tetap perlu dilakukan. Ada kemungkinan akan berlaku pencemaran air dalam tanah susulan penggunaan bahan kimia, namun peratusan kemungkinan itu adalah rendah.

"Malah, perlombongan REE itu juga tidak memerlukan penebangan pokok di kawasan yang berpotensi, sebaliknya hanya dengan pemasangan paip dalam tanah," katanya kepada BH.


Lombong haram REE di FELDA Aring 8 diserbu. - Foto NSTP/Paya Linda Yahya

Abdul Hafidz yang juga penyelidik di Pusat Kajian Gold, Rare Earth and Material Technopreneruship Centre (GREAT), Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi berkata, setiap negeri yang mahu melakukan perlombongan REE itu perlu mendapatkan prosedur operasi standard (SOP) daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

"Menerusi SOP yang dikeluarkan itu akan memberi panduan bagaimana mahu memastikan aktiviti perlombongan itu tidak merosakkan alam sekitar.

"Sebagai contoh bagi aktiviti pembalakan, ia membabitkan penebangan pokok dan mengambil masa untuk kembali baik, berbanding perlombongan REE, walaupun di kawasan balak, namun ia tidak memerlukan penebangan pokok berkenaan," katanya.

Justeru katanya, sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan dan negeri memberi tumpuan kepada pelombongan REE kerana ia mampu meningkatkan ekonomi negeri dengan hasil baharu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2024 03:50 PM | Show all posts
kenapalah ada barua2 yg suka2 nak sekat orang cari pendapatan. bukan kaya raya punnn setakat lombong belakang rumah mcm ni setan oiiii.  kau gi serbu yang sendiket yang lombong secara mass atas bukit sana.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 05:07 PM | Show all posts
Jadi apakah solusinya? Award hak melombong kepada company dari China. Lepas tu bising bila company China tu buat annual dinner yang ada persembahan perempuan menari..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rizab REE Terengganu double dari Kelantan.
Tapi percayalah, Kelantan akan kehabisan dan jahanam dulu.

Contoh, tengok dan bandingkan aje rekod forest plantation antara dua negeri ni, mana yang paling barai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.989369 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list