View: 7865|Reply: 10
|
[Tempatan]
Warga emas mangsa ragut di Bangsar meninggal dunia
[Copy link]
|
|
Warga emas mangsa ragut di Bangsar meninggal dunia
https://www.freemalaysiatoday.co ... ar-meninggal-dunia/
'Ainin Wan Salleh
30 Dec 2024, 11:45 AM
Lim Foong Mei, 78, yang dalam proses pemulihan meninggal dunia di sebuah rumah jagaan di Bangsar.
Kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi 7 Okt lalu di Jalan Limau Manis ketika Lim Foong Mei berjalan ke sebuah kedai.
PETALING JAYA: Warga emas yang parah di kepala selepas menjadi mangsa ragut bermotosikal di Bangsar Oktober lalu meninggal dunia.
Presiden Persatuan Penduduk Taman Bangsar, Nitesh Malani, memberitahu FMT Lim Foong Mei ditempatkan di rumah jagaan di Bangsar dan semakin pulih ketika dia meninggal dunia pada usia 78 tahun hari ini.
Menurut notis obituari, mayat Lim akan dibakar Jumaat ini.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi 7 Okt lalu, Lim sedang berjalan ke kedai di kawasan kejiranan di Jalan Limau Manis.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang penunggang motosikal meragut beg tangannya menyebabkan dia terjatuh dan tidak bergerak di atas jalan sehingga beberapa orang yang lalu-lalang membantunya beberapa minit kemudian.
Lim dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan akibat pendarahan di kepala dan diletakkan bawah pemerhatian perubatan.
Polis membuka siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan.
FMT sudah menghubungi polis untuk mendapatkan komen.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
celaka punya peragut..
semoga mampus digelek lori.. |
|
|
|
|
|
|
|
ko tanggung la dosa meragut sampai mati mangsa tu.. meragut mangsa ni berapa sen sangat la ada dalam beg tu.. mesti aunty ni keluar jalan sorang2 nak gi beli bfast kan |
|
|
|
|
|
|
|
Video nya aku tgk.masa dia terjatuh diragut tu lama gak auntie tu keseorgan..org x ambik peduli.ada yg tgk je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga peragut tu terima balasan setimpal.
macam xde kerja lain nak buat.
RIP aunty.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sia2 ja nenek ni jaga badan jaga makan jaga kesihatan sampai umur 78, ujung2 mati berasbabkan peragut. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga orang lalu lalang yang tengok buat bodo tu pun diragut seret mati keseorangan depan orang ramai yang buat tak kisah. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai siannya...semoga peragut kena tangkap dan disebat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 30-12-2024 06:56 PM
dalam kes lain, ada video peragut,
kena belasah ramai2,
kena tumbuk, kena sepak, tertonggeng2
ramai yang komen macam2,
kesian masing2 pada peragut.
worang malaysia mudah kesian dengan penjenayah
peragut macam ni, elok kasi potong tangan dia,
kejam punya manusia. takde kira fikir nyawa org lain.
kasi cacat tangan dia, baru dia rasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
blue_blur replied at 30-12-2024 05:54 PM
semoga orang lalu lalang yang tengok buat bodo tu pun diragut seret mati keseorangan depan orang ram ...
"Tatau buat apa la kaka..lagi saiya pigi...salah pigang..lagi cipat dia mati nanti dia famili saman saiya la"-Bangla |
|
|
|
|
|
|
| |
|