CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7297|Reply: 18

[Tempatan] Pandu secara berbahaya: Bakal bapa dipenjara 10 hari, hilang kelayakan memandu selama lima tahun, denda RM10,000. #3, 'Saya baru saja bekerja, isteri baru mengandung..'

[Copy link]
Post time 30-12-2024 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 30-12-2024 04:42 AM

Pandu secara berbahaya, bakal bapa dipenjara 10 hari, denda RM10,000

https://www.kosmo.com.my/2024/12 ... hari-denda-rm10000/

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
30 Disember 2024, 12:23 pm


MOHAMMAD IZHAM dipenjara 10 hari dan denda RM10,000 kerana memandu kereta secara melawan arus, langgar lampu merah serta membuat pusingan U di tempat tidak dibenarkan.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang bakal bergelar bapa dihukum penjara 10 hari beserta denda RM10,000 selain hilang kelayakan memandu selama lima tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini kerana memandu secara berbahaya, Jumaat lalu.

Majistret Mohammad Izham Mohd. Aliyas menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Syafiq Jefri, 28, mengaku salah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan penjara selama tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah memandu sebuah kereta secara melulu sehingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru di sini pada pukul 3.45 pagi, 27 Disember lalu.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Inspektor S. Vikineswary meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal kepada tertuduh.

“Tertuduh telah memandu melawan arus, membuat pusingan U di tempat tidak dibenarkan, melanggar lampu merah serta memandu secara zig zag dalam cubaan melarikan diri daripada polis,”katanya.

Sementara itu, ketika rayuan dibuat tertuduh meminta hukuman ringan kerana baharu mendapat pekerjaan selain perlu menanggung isteri yang sedang mengandung dan seorang ibu yang uzur.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman tersebut setelah memutuskan tertuduh bersalah berdasarkan pengakuan yang dibuat. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2024 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 pemandu mabuk pon sama kene tarik lesen memandu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2024 12:42 PM | Show all posts
'Saya baru saja bekerja, isteri baru mengandung..'

https://www.bharian.com.my/berit ... eri-baru-mengandung

Izz Laily Hussein - Disember 30, 2024 @ 12:22pm
[email protected]


Muhammad Syafiq Jefri ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini. - NSTP/IZZ LAILY HUSSEIN

JOHOR BAHRU: "Saya baru saja bekerja, isteri baru mengandung".

Itu rayuan Muhammad Syafiq Jefri, 28, di Mahkamah Majistret di sini ketika memohon hukuman ringan selepas dia mengaku bersalah memandu secara melulu dan berbahaya dengan melakukan aksi melawan arus serta tidak berhenti di lampu isyarat merah dan persimpangan.

Pekerja kedai makan itu didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) melakukan kesalahan berkenaan ketika memandu sebuah kereta Proton Saga bernombor pendaftaran JNC 3106 di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, kira-kira jam 3.45 pagi Jumaat lalu.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 untuk kesalahan pertama, selain pesalah dilarang memiliki atau mendapatkan lesen memandu bagi tempoh tidak kurang lima tahun.

Pendakwaan kes di hadapan Majistret Mohammad Izham Mohd Aliyas dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Inspektor S Vikineswary, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

S Vikineswary memberitahu mahkamah, tertuduh memandu kereta dalam keadaan melulu dan berbahaya, melakukan pusingan U di laluan yang tidak dibenarkan dan melawan arus kerana lari dari sekatan jalan raya.

"Tertuduh kemudian membuat aksi zig-zag dan mencelah-celah kenderaan lain yang mana ia berbahaya kepada dirinya sendiri dan juga pemandu lain. Tertuduh juga tidak berhenti di lampu isyarat merah," katanya.

Selepas mendengar pengakuan bersalah dan rayuan tertuduh, Mohammad Izham kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 hari ke atas Muhammad Syafiq, berkuat kuasa hari ini dan denda RM10,000 atau tambahan penjara tujuh bulan jika gagal membayar denda.

Hukuman lain dikenakan mahkamah, lesen memandu tertuduh diendors oleh mahkamah, hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dan jika memiliki lesen percubaan, ia akan dibatalkan oleh mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 01:05 PM | Show all posts
masa buat tak ingat pula wife tgh mengandung...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 01:45 PM | Show all posts
Bini kau mengandung kat rumah ja pun. Habis kat jalanraya tu takda org mengandung ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Shelapnya dia teedak berlakon sbg O.key U ... Teda main sand D wira sket...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2024 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg kena marah dek org ramai tu ke...ada video
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 02:26 PM | Show all posts
menggagau gak tu nk cari 10k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2024 02:52 PM | Show all posts
mcm biasa bt citer sedih
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 03:00 PM | Show all posts
yg oku lawan arus langgar mangsa lain smpai mati trus bebas kan

yg ni nasib xde mangsa..kalu mati kendiri xpe gk
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dia lari dari roadblock polis?

Lesen dh expired ke, roadtax expired?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la kena tarik..sat gi bwk baby pun kepala angin bwk mcm org gila
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 06:54 PM | Show all posts
kau dah tanggungjawab banyak jgn buat benda bodoh, bangang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dah jatuh hukum baru pikir bini mengandung bagai
sblm tu kemain langsi di jalanraya
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Cam biasa mesti ada enabler pastu compare ngn kes lain

Akak yg bako motor tu pun mesti ada kesian kan???

Tak perlu undang2 laah wehh, semua guna budi bicara jelaaa
Rasa muka seposen mcm layak dikasihani jd tak perlu hukum
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2024 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Teda kasian bg mu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2024 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Hisap ketum ke bawak lawan arah tu..
Org gini takyah kesian...sblm org lain mati, baik bg pupus dulu species ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2024 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau memandu secara berbahaya, bahayakan orang ramai...


Kau ingat kau je ke ada anak bini?????
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
moga jadi pengajaran kpd semua dan moga pesalah yg lain juga kena hukuman juga..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.063409 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list