CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5425|Reply: 0

[Sarawak] Chong gesa Abang Johari dedah perkembangan terkini pertikaian antara Sarawak dan Petronas

[Copy link]
Post time 30-12-2024 03:37 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg digesa untuk mendedahkan perkembangan terkini mengenai pertikaian antara Sarawak dan PETRONAS berkenaan hak sumber minyak dan gas di dalam dan sekitar negeri.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen (gambar) menegaskan rakyat Sarawak berhak mengetahui butiran penyelesaian yang dicapai sebelum sebarang perjanjian dimeterai, bagi memastikan kepentingan generasi akan datang tidak terjejas.

Menurutnya, Abang Johari telah mengumumkan penyelesaian mengenai isu tersebut pada 10 Disember 2024, dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka akan mengumumkan butiran lanjut mengenai penyelesaian ini dalam masa terdekat.

"Bagaimanapun, lebih dua minggu telah berlalu dan masih belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada Perdana Menteri berhubung apa yang dipanggil 'penyelesaian secara baik' antara PETRONAS dan Sarawak.
"Kelewatan ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Sarawak, menyebabkan mereka tertanya-tanya," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Chong menegaskan adalah penting untuk kerajaan negeri yang kini dipimpin oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk bersifat telus dan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai terma-terma yang dicapai dalam perjanjian dengan PETRONAS.

Menurutnya juga, semua rakyat Sarawak adalah pemilik utama minyak dan gas yang terdapat di Sarawak.

Malah kerajaan negeri jelasnya, hanyalah sebagai pemegang amanah yang bertanggungjawab untuk menguruskan aset berharga negeri ini, dan oleh itu adalah wajar bagi pemegang amanah untuk melaporkan kepada pemiliknya tentang cara pengurusan aset tersebut.

“Oleh itu, saya menyeru Abang Johari untuk mendedahkan terma-terma penyelesaian yang dikatakan mampu menyelesaikan pertikaian antara PETRONAS dan Sarawak mengenai sumber minyak dan gas di dalam dan sekitar Sarawak, dan tidak membiarkan kita, rakyat Sarawak, berada dalam ‘kegelapan’,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.042331 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list