View: 13406|Reply: 3
|
Lelaki buat kelakuan tak senonoh, buka zip seluarnya depan anak jiran didakwa
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Seorang pekerja syarikat pembersihan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal dengan membuka zip seluarnya dihadapan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang juga jirannya.
Bagaimanapun tertuduh yang berusia 29 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Kafli Che Ali.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap mangsa yang semasa kejadian tetuduh membuka zip hadapan seluarnya supaya dilihat oleh mangsa bagi tujuan seksual.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi tangga sebuh Program Perumahan Rakyat (PPR) di sini pukul 11.30 pagi pada 25 Disember lalu.
Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(a)(i) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Atiqa Nazihah Azmi tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.
“Namun sekiranya mahkamah mahu mengguna pakai budi bicara untuk menawarkan jaminan, pendakwaan mencadangkan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa dan keluarganya kerana mereka tinggal di PPR yang sama,” kata Atiqa.
Bagaimanapun peguam Mohamad Zaidi Othman yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan tertuduh yang hanya bekerja sebagai pengangkut sampah dan akan berkahwin pada Februari tahun depan.
“Ibunya pula menghidap kanser payu dara dan baru sahaja menjalani pembedahan,” kata peguam itu.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Mohd Kafli membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.
Mahkamah kemudian menetapkan 13 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
flasher ni dia masuk kategori amang seksual jgk ek |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by AJENALI at 30-12-2024 07:28 PM
Templates sama bila dah kantoi, di antaranya alasan parents tua uzur, parents sakit, menanggung parents dan breadwinner keluarga dll.
Masa buat x fikir keluarga. Tak fikir hidup dah sedia susah. Menghinakan maruah sendiri dan keluarga betul.
Bakal isteri n bakal mertua dah boleh gunakan alasan jenayah ni untuk mintak putus. Esok lusa ada budak kecik / anak sendiri kan.
Fikir panjang n cerdik sikit dik. Hidup ini pilihan dik. Kita berhak memilih yang terbaik untuk hidup kita. Kumbang bukan seekor |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali berpikir la pakai kepala sblh ats
Dah jd gini, baru la nak list citer2 kesian ko….podahh!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|