CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9388|Reply: 0

[Perlis] IPD baharu dan kuarters lebih baik untuk polis Perlis

[Copy link]
Post time 31-12-2024 03:41 PM | Show all posts |Read mode
IPD baharu dan kuarters lebih baik untuk polis Perlis

Aizat Sharif[email protected]




Muhammad memeriksa perbarisan semasa Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perlis Bagi Bulan Disember 2024 di IPK Perlis di Kangar. FOTO IHSAN PDRM PERLIS




Kangar: Polis Perlis menyasarkan 2025 sebagai tahun pembangunan dan naik taraf segala aset serta kemudahan pegawai dan anggota polis bertugas di negeri ini.

Matlamat itu bertujuan memastikan warga polis mendapat suasana kerja yang kondusif dan selamat.

Proses itu dimulakan dengan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar baharu selepas kerja pecah tanah dan pelancaran tapak IPD dilaksanakan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, pihaknya tidak hanya menumpukan kepada kerja hakiki seperti membanteras jenayah dan pengoperasian serta penguatkuasaan polis semata-mata.







"Selain daripada tugasan hakiki berkenaan, keselesaan dari segi tempat tinggal serta suasana tempat kerja anggota polis di Perlis ini juga harus diambil kira. Kita tidak mahu lagi wujud keadaan anggota polis terpaksa tinggal di kuaters lama dipenuhi dengan kerosakan fasiliti, bumbung bocor dan tandasnya pula tersumbat.

"Kami akan memohon peruntukan yang perlu untuk membaiki kerosakan seperti ini. Lazimnya kami memerlukan peruntukan RM20 juta setahun bagi tujuan pembangunan dan pengoperasian Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

"Jumlah itu diperlukan dalam memastikan 1,600 pegawai dan anggota polis di Perlis dapat menjalani kehidupan yang selesa seperti anggota polis di negeri lain," katanya pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perlis Bagi Bulan Disember 2024 di IPK Perlis, di sini, tadi.

Katanya, selain pembinaan IPD Padang Besar yang baharu, pihaknya juga sudah mengenalpasti tapak baharu bagi pembinaan IPD Arau yang dilihat tidak lagi mampu menampung kepesatan pembangunan bandar Arau.

"Setakat ini, kita akan cuba menambahkan lagi kuarters di Kontinjen Perlis dan juga pembinaan IPD Arau dan kita berharap dengan penyediaan kemudahan ini akan menambahkan lagi keselesaan pegawai dan anggota yang bertugas di Perlis," katanya.



Disiarkan pada: Disember 31, 2024 @ 3:23pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1171444/ipd-baharu-dan-kuarters-lebih-baik-untuk-polis-perlis




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.043283 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list