CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29866|Reply: 0

[Sarawak] MA63: Sarawak perlu tegas perjuangkan hak

[Copy link]
Post time 1-1-2025 06:38 PM | Show all posts |Read mode


Datuk Lo Khere Chiang…

KUCHING: Sudah tiba masanya Sarawak mengambil tindakan tegas dalam melindungi haknya berkaitan pelantar benua, agregator gas, serta autonomi yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang, berkata kegagalan Kerajaan Persekutuan menghormati hak Sarawak seperti yang dinyatakan dalam MA63 membuktikan ketidakadilan terhadap negeri ini setelah bersama membentuk Malaysia selama 61 tahun.

Menurutnya, salah satu isu utama adalah keengganan Malaya untuk mengiktiraf hak sah Sarawak di bawah Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO58) sebagai satu-satunya pengagregat gas dalam sempadan negeri.

“Perkara ini, yang butirannya belum didedahkan sepenuhnya oleh Perdana Menteri, memberi kesan langsung kepada ekonomi Sarawak.”

“Ia menggambarkan bagaimana sumber kita diuruskan dan dikawal, sehingga menafikan kita dana penting untuk pembangunan negeri,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas artikel oleh Murray Hunter bertajuk “Sarawak After 61 Years In The Malaysian Federation: Where To Now? – Analysis” yang diterbitkan dalam Journal of Conflict and Peace Studies pada 29 Disember 2024.

Khere Chiang turut menyatakan bahawa tuntutan Kerajaan Persekutuan ke atas pelantar benua Sarawak, walaupun selepas darurat ditamatkan, menunjukkan pengabaian terhadap hak perlembagaan dan wilayah negeri.

Katanya, pelantar benua yang kaya dengan sumber semula jadi, tetapi belum diteroka, adalah penting untuk pertumbuhan ekonomi masa depan Sarawak.
“Namun, kekayaan ini terus dipertikaikan, menghalang kemampuan Sarawak untuk menentukan haluannya sendiri.”

“Seperti yang ditegaskan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini, MA63 tidak memberikan sebarang tanah, termasuk pelantar benua dalam sempadan Sarawak, kepada Persekutuan atau Kerajaan Persekutuan.”

“Oleh itu, Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai hak milik terhadap dasar laut dan tanah bawah laut Sarawak atau pelantar benuanya, kerana ia adalah hak eksklusif Sarawak berdasarkan undang-undang,” tegasnya.

Sehubungan itu, Khere Chiang berkata artikel tersebut menekankan cabaran berterusan yang dihadapi Sarawak dalam persekutuan ini.

Katanya, berdasarkan banyak perbincangan dan artikel yang tular hari ini, jelas bahawa sentimen rakyat Sarawak terhadap hak dan autonomi semakin kuat.

“Ramai di antara kita berpendapat bahawa jika tiada tindakan tegas diambil sekarang, generasi akan datang akan terus terikat kepada sistem yang mengutamakan kepentingan Semenanjung melebihi Sarawak,” jelasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.121693 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list