KUCHING: Akses beberapa perkhidmatan seperti Portal Kerajaan Sarawak, S Pay Global dan aplikasi lain yang berkaitan mengalami beberapa isu teknikal, hari ini.
Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) dalam kenyataannya berkata gangguan itu berlaku disebabkan bilangan pengguna yang ramai mengakses aplikasi ini.
"Untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda dan memastikan pengalaman yang lancar, kami sedang melaksanakan kerja-kerja yang diperlukan untuk menangani perkara itu dengan sewajarnya.
"Kami amat menghargai kesabaran dan pemahaman anda sepanjang masa ini dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku," katanya.
|