Mimi Fly meraih perhatian selepas muzik video terbaharunya berjudul, Angkat meraih pujian ramai.
Muzik video yang tular di platform TikTok itu menuai pujian apabila lagu popular nyanyian Sheeda itu diberikan nafas baru.
Selain mengetengahkan elemen rap, penggunaan bahasa isyarat yang diterapkan dalam muzik video tersebut juga menjadikannya sebagai salah satu muzik video yang ikonik.
“Yang faham bahasa isyarat perasan tak?,”tulisnya.
Sedar dengan pujian yang diterima, Mimi mengaku bahawa idea tersebut datang pada jam tiga pagi dan dia bersyukur dengan ilham yang diberikan Tuhan untuk muzik video terbaharunya itu.
“Idea itu datang pada jam tiga pagi. Itu memang waktu yang tepat sekali. Memang produksi lagu Angkat ini seratus peratus Malaysia, orang Malaysia kita dari komposernya, dari produksinya, koreografinya.
“Ideanya memang saya teringin sangat nak tahu kehidupan orang Melayu lama. Termasuklah busana yang digayakan itu memang daripada pereka fesyen lokal dan memang saya nak mengetengahkan batik dan songket dalam muzik video ini.
“Saya ni independent artis jadi saya sangat bersyukur dan rasa bertuah dengan kehadiran orang yang sama passion dengan saya,” katanya.
Penggambaran muzik video yang mengambil masa 18 jam ini juga memerlukan Mimi untuk belajar bahasa isyarat dengan guru kelainan upaya (OKU).
Tambahnya, ia bagus kerana golongan ini juga mampu memahami apa yang cuba disampaikan menerusi lagu tesebut.
“Saya belajar bahasa isyarat ini dari seorang guru yang dia juga merupakan seorang yang pekak dan bisu.
“Cikgu ni juga merupakan cikgu yang mengajar di studio yang sama saya mengajar yoga dari situlah saya tahu yang benda ni boleh buat koreografi. Dan semua orang tahu yang saya anak OKU jadi keluarga saya memang dekat dengan orang OKU dan saya rasa lanagkah bagusnya jika orang kelainan upaya ni boleh tengok kita dan mereka masih boleh faham,” jelasnya.
Sumber:XTRA
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register