CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32906|Reply: 0

[Johor] Rakyat ada hak untuk berhimpun, esok?

[Copy link]
Post time 5-1-2025 12:28 PM | Show all posts |Read mode



Hassan Abdul Karim (tengah) ketika menerima memorandum himpunan tuntut #Reformasi100Peratus di Parlimen tahun lalu.

Johor Bahru: Rakyat negara ini mempunyai hak untuk berhimpun secara aman selagi tidak membabitkan penggunaan senjata.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, perkara itu termaktub menerusi Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

Menurutnya, justeru hak ahli keluarga Datuk Seri Najib Razak dan penyokong tidak boleh dinafikan untuk hadir ke himpunan solidariti yang dijadualkan di Istana Kehakiman Putrajaya esok.

Katanya, kenyataan Istana Negara pada 3 Januari lalu juga tidak membatalkan hak rakyat berhimpun.

"Perlu dijelaskan bahawa undang-undang yang tertinggi dipakai di negara kita, Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan, bukannya dekri atau titah dari Istana Negara.

"Adakah orang ramai yang berhimpun di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya esok dianggap menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong?

Jawapannya adalah tidak sama sekali kerana Malaysia sebuah negara demokratik bukannya sebuah negara feudal mutlak.

"Bagaimanapun, saya secara peribadi tidak bersetuju himpunan solidariti Najib itu diadakan, namun ia tidak penting kerana pendirian peribadi saya tidak boleh menafikan hak ahli keluarga dan penyokong Najib berhimpun secara aman," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Hassan berkata, hak berhimpun mengikut Perkara 10(1)(b) itu bukan mutlak sifatnya.

Katanya, Parlimen melalui undang-undang boleh mengenakan apa-apa sekatan yang didapati perlu atau sesuai demi kepentingan keselamatan atau ketenteraman awam atau moraliti seperti dinyatakan Perkara 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.

"Namun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sewajarnya menghayati semangat Akta Perhimpunan Aman 2012 dan memahami niat dan tujuan Parlimen menggubal Akta 736 pada 2012 untuk memudahkan rakyat berhimpun selari dengan jaminan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Semalam, Pas dilaporkan tetap meneruskan penyertaannya dalam Himpunan Solidariti Datuk Seri Najib Razak di Istana Kehakiman, Putrajaya, esok.

Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan mendakwa kehadiran ke perhimpunan itu tidak menyanggah mahupun mengurangi makna dan tujuan titah Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mendakwa ia juga tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan atau mengganggu proses serta perjalanan Lembaga Pengampunan.

Kelmarin, Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan cadangan supaya mana-mana banduan diberikan keampunan atau pengurangan hukuman hendaklah dikemukakan banduan terbabit untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat akan datang.

Menurut Istana Negara, ini kerana kuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, adalah prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula kemudian menggesa orang ramai supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan berkaitan isu tuntutan mendapatkan pengampunan diraja.

Dalam pada itu, Hassan bagaimanapun berkata, hak berhimpun mengikut Perkara 10(1)(b) itu bukan mutlak sifatnya.

Katanya, Parlimen melalui undang-undang boleh mengenakan apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau sesuai demi kepentingan keselamatan atau ketenteraman awam atau moraliti seperti dinyatakan Perkara 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.

"Namun Polis Diraja Malaysia (PDRM) sewajarnya menghayati semangat Akta Perhimpunan Aman 2012 dan memahami niat dan tujuan Parlimen pada tahun 2012 menggubal Akta 736 itu untuk memudahkan rakyat berhimpun selari dengan jaminan Perlembagaan Persekutuan.


Disiarkan pada: Januari 5, 2025





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.034980 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list