CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9407|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Penjawat awam persekutuan di Negeri Sembilan terima BKK RM200

[Copy link]
Post time 7-1-2025 06:22 PM | Show all posts |Read mode

AMINUDDIN memotong riben ketika melancarkan Pra-Pelancaran Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026, hari ini. FOTO Mohd Amin Jalil.

Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Aidilfitri sebanyak RM200 kepada lebih 48,000 penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata BKK itu yang membabitkan peruntukan hampir RM10 juta dibayar sebelum Mac atau sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Sumbangan RM200 ini membabitkan semua penjawat awam Persekutuan seperti tentera, polis, guru dan agensi lain yang berkhidmat di Negeri Sembilan.

"Pemberian ini sebagai menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka dalam memberikan kerjasama dengan agensi sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2025 dan Pra-Pelancaran Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026, di sini, hari ini.

Pada November lalu, Aminuddin mengumumkan pemberian BKK sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.

Bantuan berkenaan akan diberikan kepada 6,613 penjawat awam negeri, Badan Berkanun Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pembayaran akan dilakukan pada Januari dan sebelum Aidilfitri Mac 2025.

Terdahulu, dalam ucapan, Aminuddin berkata, prestasi pentadbiran kerajaan negeri sudah mencapai lebihan pendapatan untuk tiga tahun berturut-turut.

"Sehingga 31 Disember 2024, hasil negeri yang berjaya dikutip adalah RM636 juta bersamaan 122.31 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu RM520 juta.

"Ini adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan dan mencerminkan dedikasi, integriti, dan usaha gigih seluruh penjawat awam di Negeri Sembilan.

"Inilah hasil muafakat dan integrasi gabungan muka lama dan baharu anggota pentadbiran kerajaan yang berdiri teguh bersama Kerajaan Negeri.

"Namun, saya ingin mengingatkan pencapaian ini bukan alasan untuk kita selesa, sebaliknya, ia adalah tanggungjawab untuk terus meningkatkan prestasi dan memastikan setiap sen yang dikutip digunakan dengan cekap, berhemah serta memberi manfaat maksimum kepada rakyat," katanya.

Januari 7, 2025   sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.046453 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list