CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9936|Reply: 0

[Johor] Lima pemandu mabuk antara ditahan dalam operasi

[Copy link]
Post time 7-1-2025 06:24 PM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Seramai 20 individu termasuk lima pemandu yang didapati memandu dalam keadaan mabuk ditahan dalam operasi khas di negeri ini bermula 3 hingga 5 Januari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, sebanyak 467 saman turut dikeluarkan terhadap pesalah yang mengabaikan isyarat lampu merah mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, kira-kira 48 kenderaan turut disita manakala 1,271 saman tambahan dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lain.

"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 45A(1), Seksyen 42(1) dan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis Johor menyeru semua pengguna jalan raya sentiasa fokus ketika memandu dan tidak melanggar undang-undang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pematuhan peraturan dan undang-undang jalan raya adalah tanggungjawab bersama.

Januari 7, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.135503 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list