CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8739|Reply: 0

[Johor] Peniaga rasai peningkatan pengunjung

[Copy link]
Post time 8-1-2025 09:45 AM | Show all posts |Read mode

SUASANA pemandangan Bazar Karat Johor Bahru yang dipenuhi pengunjung tempatan dan Singapura pada cuti hujung minggu Sabtu lalu. FOTO Ihsan Persatuan Bazar Karat

Johor Bahru: Perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad membawa limpahan manfaat ekonomi kepada golongan peniaga negeri ini.

Beberapa lokasi tumpuan termasuk Zoo Johor, selain pusat beli-belah khususnya di bandar raya ini turut mengalami peningkatan pengunjung mendadak sejak cuti hujung minggu bertukar.

Bazar Karat Johor Bahru yang beroperasi di tengah pusat bandar raya turut menerima tempias apabila mencatat pertambahan pengunjung sehingga lebih 50 peratus pada cuti pada Sabtu dan Ahad lalu.

Pengerusi Persatuan Pembangunan dan Kebajikan Bazar Karat Johor Bahru, Fuad Rahmat berkata, pihaknya tidak menyangka pertukaran cuti hujung minggu membawa limpahan ekonomi amat baik buat peniaga kecil pada permulaan tahun ini.

Katanya, sambutan pengunjung pada Sabtu dan Ahad lalu boleh diibaratkan luar biasa seperti malam raya Aidilfitri apabila pengunjung bersesak membeli persiapan raya.

"Sambutan sebegitu biasanya dialami peniaga menjelang Aidilfitri selain cuti umum perayaan lain selain cuti sekolah panjang.

"Kembalinya cuti pada Sabtu, Ahad membuatkan pengunjung tempatan dan Singapura kini bertumpu ke kawasan tarikan termasuk bazar ini sekali gus membawa limpahan kemakmuran kepada kami.

"Alhamdulillah, lebih 365 peniaga kecil di bazar ini mendapat limpahan manfaat sehingga ada peniaga beritahu stok jualan mereka kehabisan sebelum tengah malam," katanya ketika dihubungi, semalam.

Peniaga Bazar Karat JB, Muhammad Shah Faris Abdullah yang menjual snek dan makanan ringan berkata, stok jualannya hampir kehabisan berikutan sambutan hebat pengunjung pada Sabtu dan Ahad lalu.

"Tak sangka sambutan pengunjung malam Sabtu, Ahad lalu sudah macam malam raya. Jarang nak lihat suasana bazar sesak dipenuhi pengunjung seperti hujung minggu lalu.

"Harapnya sambutan pengunjung ini berterusan menyokong peniaga kecil seperti kami yang berharap hasil jualan harian untuk meneruskan kehidupan," katanya.



Disiarkan pada: Januari 8, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.056183 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list