CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17429|Reply: 0

[Johor] Peniaga gerai ditahan dipercayai hina Agong

[Copy link]
Post time 8-1-2025 10:37 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Johor Bahru: Seorang peniaga gerai makanan ditahan kerana dipercayai membuat hantaran menghina Yang di-Pertuan Agong di aplikasi X, Selasa lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, sepasukan polis menahan lelaki berusia 55 tahun berkenaan di kawasan bandar raya ini, susulan menerima laporan berkenaan hantaran berkenaan.

Katanya, polis turut merampas telefon bimbit milik tertuduh yang dipercayai digunakan untuk mengakses aplikasi X dan memuat naik hantaran berkenaan.

"Polis Johor mengesahkan menerima laporan seterusnya menyiasat kes hantaran berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan oleh pemilik serta pengendali akaun X Bitz @ zatocent.

"Hantaran itu dipercayai dibuat pada 29 Disember lalu.

"Oleh itu, keesokannya pada 30 Disember, polis menahan warga emas terbabit dengan kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor untuk mendapatkan arahan pertuduhan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Kumar berkata, tertuduh disiasat menerus Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 kerana menerbitkan penerbitan menghasut.

Katanya, jika sabit kesalahan, individu boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-keduanya sekali.

"Tertuduh akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini.

"Polis Johor memandang serius serta memberi amaran tegas terhadap mana-mana pihak yang memainkan sentimen 3R yang membabitkan raja, agama dan kaum di platform media sosial sehingga boleh membangkitkan perpecahan keamanan serta menggugat keharmonian masyarakat," katanya.


Disiarkan pada: Januari 8, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.038803 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list