CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6767|Reply: 0

[Johor] Mengaku palsukan cek, bekas pengerusi koperasi didenda RM22,500

[Copy link]
Post time 9-1-2025 02:02 PM | Show all posts |Read mode

Bekas Pengerusi Koperasi Felda Selancar 3, Pahang, Saad Razali, didenda RM22,500 selepas mengaku salah atas 15 pertuduhan memalsukan cek bernilai RM34,450 milik Koperasi Peneroka Felda Selancar 3, enam tahun lalu. - NSTP/IZZ LAILY HUSSEIN



JOHOR BAHRU: Bekas Pengerusi Koperasi Felda Selancar 3, Pahang didenda RM22,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 15 pertuduhan memalsukan cek bernilai RM34,450 milik Koperasi Peneroka Felda Selancar 3, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas Saad Razali, 68, mengekalkan pengakuan bersalah yang dibuat ketika kali pertama didakwa pada 30 Januari 2024.

Ahmad Kamal Arifin menjatuhkan hukuman denda RM1,500 bagi setiap pertuduhan dan jika gagal membayar denda, tertuduh akan dipenjara sebulan bagi setiap pertuduhan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan cek bank milik Koperasi Peneroka Felda Selancar 3 Pahang Berhad berjumlah antara RM650 hingga RM5,000 atas nama individu berbeza yang mana dia mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Segamat antara 27 September 2019 hingga 18 Oktober 2021.

Bagi semua perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, Muhammad Azraf Said, manakala tertuduh diwakili peguam Peguam Mohammad Muzammil Mohammad Hairiri.

Januari 9, 2025  sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.229758 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list