CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5625|Reply: 0

[Johor] Kondominium jadi stor dadah bernilai RM13.59 juta diserbu

[Copy link]
Post time 9-1-2025 02:41 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar menunjukkan dadah yang dirampas daripada sindiket pengedaran dadah di IPK Johor, hari ini. - Foto NSTP/IZZ LAILY HUSSEIN

JOHOR BAHRU: Bekas banduan yang baru dibebaskan daripada tahanan pada Julai 2022 ditahan sepasukan anggota polis selepas disyaki menjadi dalang sindiket pengedaran dadah yang menjadikan kondominium mewah sebagai stor penyimpanan.

Lelaki warga tempatan berusia 29 tahun itu ditahan bersama empat lagi individu disyaki ahli sindiket dalam operasi dijalankan antara jam 12.30 tengah malam 5 Januari lalu hingga 8 malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata suspek lelaki itu ditahan dalam serbuan pertama di sebuah kondominium mewah di Bandar Seri Alam yang disewa sejak Julai 2023 bersama dua lagi lelaki dan seorang wanita, manakala dalam serbuan kedua di Gelang Patah, Iskandar Puteri, seorang lagi wanita ditahan.

Katanya, modus operandi sindiket itu dengan menjadikan kondominium mewah berpagar dan berpengawal sebagai stor simpanan dan membungkus semula dadah dengan bahan terlarang itu diperoleh dari luar Johor sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

"Hasil serbuan, kita merampas 73.55 kilogram (kg) serbuk ekstasi, ketamin (20.29 kg), pil erimin (9,750 biji) dan pil ekstasi (26 biji) bernilai lebih RM13.59 juta.
"Semua dadah itu boleh digunakan oleh 357,126 penagih dadah.

"Polis turut merampas pelbagai peralatan pembungkusan semula dadah, selain menyita tiga kereta, motosikal, jam tangan, pelbagai barangan kemas, wang tunai RM550 dan akaun syarikat dengan jumlah RM87,741.80 yang disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.

"Ini menjadikan jumlah rampasan dadah dan sitaan berjumlah lebih RM14.2 juta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Kumar berkata, ujian saringan awal air kencing ke atas semua suspek warga tempatan berusia 24 hingga 29 tahun itu mendapati tiga daripada mereka positif ketamin.

"Suspek yang aktif sejak September lalu pernah ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 berhubung aktiviti pengedaran dadah pada 2021.

"Semua suspek kini ditahan reman tujuh hari sehingga Sabtu ini bagi siasatan mengikut Seksyen 39B ADB 1952.

"Pada masa sama, polis sedang mengenal pasti ahli lain yang terbabit serta seorang wanita bernama Chang Siew Yin, 38, beralamat di Melaka yang dipercayai boleh membantu siasatan," katanya.
sumber  Januari 9, 2025

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.040635 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list