CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4881|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki mengaku sebabkan kematian rakan, miliki senapang patah ketika berburu

[Copy link]
Post time 9-1-2025 04:08 PM | Show all posts |Read mode


LUBOK ANTU: Seorang lelaki berusia berusia 31 tahun mengaku bersalah menyebabkan kematian rakan dan memiliki senapang patah ketika berburu dalam satu kes yang berlaku di Engkilili dekat sini pada 2021.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu DSP Victor Ripon (gambar) berkata, tertuduh mengaku bersalah semasa perbicaraan di Mahkamah Majistret Sri Aman pada Selasa.

“Dalam kejadian tersebut iaitu pada 4 Disember 2021, senapang patah yang dipikul tertuduh ketika berburu bersama rakannya secara tiba-tiba meletup dan seterusnya terkena rakannya.

“Kejadian tersebut telah meragut nyawa rakan mangsa iaitu Edwin Jalir, 47, pada jam 3.30 petang.

“Berikutan itu mangsa telah didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana dengan cuai menyebabkan kematian ke atas Edwin dan dituduh memiliki selaras senapang patah tanpa lesen yang sah mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,” katanya ketika menghubungi media, hari ini.

Menurut Victor, dalam pertuduhan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau penjara 10 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda, manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didenda RM4,000 atau penjara tujuh bulan.

Sementara itu, dalam kes berasingan seorang petani lelaki berusia 46 tahun mengaku bersalah kerana menyebabkan kematian seorang lelaki, Jilan Banggai, 45, di kawasan hutan Temawai Angat, Engkilili pada 22 Jun 2023.

Victor berkata, kejadian tersebut juga berkaitan dengan kes berburu.

“Dalam kejadian ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

“Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara 10 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda bagi pertuduhan pertama.

“Bagi pertuduhan kedua pula, dia dijatuhi hukuman denda RM4,000 atau penjara tujuh bulan,” ujar Victor lagi.

Kes dibicarakan di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Pendakwaan pula dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chrissie Ngiron Mijun, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 01:01 AM GMT+8 , Processed in 1.110703 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list