View: 10304|Reply: 16
|
[Jenayah]
Ujian Mendapati Positif Dadah Jenis Meth, Cikgu Mencabul 2 Murid Dalam Rumah Hantu Ketika Sambutan Hari Karnival Sekolah!
[Copy link]
|
|
Terbaharu, media melaporkan seorang guru lelaki sekolah rendah di Melaka disyaki mencabul dua murid perempuan Tahun 6 di dalam sebuah ‘rumah hantu’ ketika sambutan Hari Karnival Sekolah semalam (8 Januari).
Suspek sehubungan itu telah direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 14 Januari mengikut perintah dikeluarkan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri di Mahkamah Majistret Ayer Keroh.
Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi berkata suspek berusia 43 tahun tersebut ditahan di hadapan sebuah rumah di Paya Rumput pada jam 10.25 malam tadi.
Memetik laporan Berita Harian, guru besar sekolah berkenaan telah membuat laporan ke atas suspek di Balai Polis Tanjung Minyak sekitar 12.48 tengah hari semalam.
2 Murid Mengadu Kepada Guru Besar Dakwa Dicabul
Menurut Md Nazri, pengadu wanita berusia 53 tahun itu berkata dia yang berada di pejabat sekolah ketika itu didatangi dua murid perempuan Tahun 6 yang sedang menangis dan ketakutan.
“Kedua-dua murid mendakwa suspek mengajak mereka masuk ke ‘rumah hantu’ yang dibuka di kawasan sekolah sempena Hari Karnival Sekolah pada Sabtu ini.
“Mereka mengikut kerana teruja mencuba tanpa berfikir apa-apa, namun ketika berada di dalam ‘rumah hantu’ itu kira-kira jam 10 pagi, suspek didakwa meraba kemaluan dan payu dara kedua-dua murid berkenaan,” ujar Md Nazri dipetik Berita Harian.
Tambah Md Nazri, pengadu telah meminta bantuan beberapa guru wanita lain agar menenangkan kedua-dua mangsa tersebut.
Suspek Positif Dadah Jenis Meth
Pengadu kemudiannya bersama beberapa guru lain telah mencari suspek yang masih berada di lokasi untuk bertanyakan tentang kejadian tersebut. Suspek bagaimanapun menafikan dakwaan kedua-dua murid terbabit.
“Guru besar berkenaan segera menghubungi penjaga kedua-dua mangsa dan menceritakan hal itu sebelum membuat laporan polis.
“Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek mendapati dia didapati positif dadah jenis methamphetamine,” jelasnya.
Md Nazri berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagus guru besar ni. bertindak pantas zasss report polis takde nak cover2 takot skolah malu... |
|
|
|
|
|
|
|
+ syabu @ meth plak tu...ramai juga ye user meth
untung la penjual meth |
|
|
|
|
|
|
|
sial nya guru apa mcm ni..
harap diajar sampai lunyai dlm lokap dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ingat kan cikgu muda hensem baru posting ke tgk2 haaa badak sumbu boroi..setannn |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus cikgu besar ni...takde nak simpan2...delay2 tindakannya...
Kalo tak terbongkar tatau la rupanya tua2 pung dok ngisap dadah cikgu pun... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus tindakan GB nya
Tak guna nak kambus2 kes lahanat sebegini
Bila buat tindakan sepatutnya, lagi mengundang pujian dan keyakinan org terhadap sekolah tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
Nak cover camne zaman skrang ni zaman viral. Chuols jgn lupe kes yg parents saman pengetua sek asrama dan kem pendidikan psl kes anak die kene buli smpi pekak sebelah telinga tu. Kes pengetua taknak amek tindakan la smpi dia kalah saman tu. Better pengetua yg report dulu drpd parents yg report lg panjang citer |
|
|
|
|
|
|
|
Bekerja sebagai cikgu? Tp bebas ambil dadah tak pernah kantoi? |
|
|
|
|
|
|
|
Mental pun boleh jd cikgu |
|
|
|
|
|
|
|
Shilakak punya jantan.... |
|
|
|
|
|
|
|
berderet kes cabul dkt melaka bulan ni... |
|
|
|
|
|
|
|
patut dah kena buat saringan kesihatan la pegawai kerajaan ni
but drug test
company aku tiap tahun kena buat
sape sangkut mmg babai dah
saje nak bela manusia2 perosak bangsa ni nak buat ape |
|
|
|
|
|
|
|
Guru2 camni ramai.
Antara kena tangkap atau tak ja.
Yang penting, dah vaksin. Heh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|