CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26585|Reply: 0

[Kedah] 11 projek lebih RM200 juta dilaksana di Langkawi

[Copy link]
Post time 16-1-2025 04:43 PM | Show all posts |Read mode
11 projek lebih RM200 juta dilaksana di Langkawi

Oleh Hamzah Osman - Januari 16, 2025 @ 3:12pm [email protected]




Ahmad (kanan) meninjau projek pembinaan kuarters KKM di Ayer Hangat, Langkawi. NSTP/HAMZAH OSMAN





LANGKAWI: Sebanyak 11 projek pembangunan Kerajaan Persekutuan membabitkan peruntukan keseluruhan RM209.37 juta sedang dilaksanakan di pulau pelancongan ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, ia membabitkan pelbagai projek kementerian seperti pembinaan dan naik taraf bangunan, jambatan serta pengurusan fasiliti produk pelancongan.

"Dari semua projek itu, pembinaan jambatan baharu dua lorong dari Pulau Tuba ke Pulau Dayang Bunting sejauh 300 meter membabitkan kos terbesar iaitu RM90 juta.

"Projek itu pada peringkat akhir tender dan dijangka dapat dimulakan tahun ini," katanya pada sidang media selepas melawat tapak Pembinaan Kuarters Kementerian Kesihatan (KKM) di Ayer Hangat, di sini, hari ini.


Turut hadir, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah, Ir Mohd Fisal Ismail.

Ahmad berkata, antara projek lain termasuk pembinaan bangunan tambahan Sekolah Kebangsaan (SK) Kelibang, SK Ulu Melaka, SK Padang Matsirat, SK Pulau Tuba dan SK Seri Lagenda yang keseluruhannya bernilai RM95 juta.

"Selain itu, pembinaan pejabat pentadbiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kos RM6.4 juta, ubah suai pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (RM2.1 juta) dan naik taraf Observatori Negara Langkawi (RM7.8 juta).

"Selain itu, kita turut melaksanakan projek membina infrastruktur dan lain-lain kerja di Gua Langsir membabitkan kos RM2.5 juta serta laluan menjejaki fosil di Pulau Anak Tikus dengan kos RM5 juta," katanya.

Beliau berkata, dana bagi semua projek itu dibiayai di bawah Rolling Plan Ke-5 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2021-2025.

Mengulas lawatannya ke projek pembinaan kuarters KKM di Ayer Hangat pula, Ahmad berkata, projek bernilai RM88.68 juta itu sudah mencapai kemajuan 58.7 peratus setakat 15 Disember lalu.

"Projek ini membabitkan pembinaan tiga blok kuarters pangsa kelas G yang mengandungi 180 unit kediaman termasuk empat unit untuk orang kelainan upaya (OKU), masing-masing satu pondok pengawal dan pencawang elektrik.

"Projek ini bermula pada 20 April 2021 dan dijangka siap pada 27 Disember tahun ini," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1350146/11-projek-lebih-rm200-juta-dilaksana-di-langkawi





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.035505 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list