CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32406|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki asing masuk secara haram dipenjara, disebat dan diusir

[Copy link]
Post time 16-1-2025 04:53 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan sekali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini setelah mengaku bersalah masuk ke negara ini secara haram.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran setelah  selesai menjalani hukuman penjara kelak.

Rianto dari Indonesia telah didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum di bawah Seksyen 6 (3) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh disebat sehingga enam kali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan, tertuduh telah ditahan sekitar jam 10.15 pagi, 3 Januari lalu di tepi jalan berhampiran sebuah kilang ais di Tudan di sini untuk tujuan pemeriksaan kerana dipercayai warga asing.

Hasil pemeriksaan mendapati tertuduh yang merupakan warga negara Indonesia gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah yang membenarkan dia memasuki dan tinggal di negara ini.

Berikutan itu, tertuduh telah ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman ringan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan pada 3 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ihsan Jalalludin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.098725 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list