CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32301|Reply: 0

[Borneo] Kes dua sahabat didakwa rompak wanita disebut lanjut 17 Januari

[Copy link]
Post time 16-1-2025 05:00 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 17 Januari ini untuk sebutan lanjut kes dua sahabat yang dituduh melakukan rompakan berkumpulan dan bersenjata dengan merompak seorang wanita, awal bulan ini.

Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh diperintahkan dibebas dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan setiap seorang sementara menunggu tarikh tersebut.

Aswandi Othman, 41, dan Mohd Zulhisham Faizul, 26, masing-masing dari Kampung Tudan Fasa 2 dan Tudan Desaras di sini, telah didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah Seksyen 397 kanun yang sama.

Mengikut kesalahan ini,  mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda serta sebat, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh telah didakwa melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjatakan sebilah parang untuk merompak wang tunai berjumlah RM1,300 daripada Nancy Beremes John, 32.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 3.30 pagi, 4 Januari lalu di sebuah kedai runcit di Lorong Mulia 2, Tudan Fasa 2 di sini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan bersalah kedua-dua tertuduh direkodkan.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong menerusi sidang Zoom di hadapan Majistret Sandy Yvette Freddy.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.046889 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list