CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32402|Reply: 0

[Kedah] 250 pokok ditanam, permulaan projek 2 juta tanaman

[Copy link]
Post time 21-1-2025 08:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 21-1-2025 08:40 PM

250 pokok ditanam, permulaan projek 2 juta tanaman

ROSHILA MURNI ROSLI
21 Januari 2025 03:17pm



Sultan Sallehuddin menyempurnakan gimik pelancaran dengan menanam anak pokok tampoi pada Selasa.




PADANG TERAP - Sebanyak 250 pokok buah-buahan nadir yang terdiri daripada 17 spesies ditanam di Hutan Simpan Pedu pada Selasa.

Naib Presiden I, Pertubuhan Jemaah Dato' Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Projek 2 Juta, Datuk Bakar Din berkata, penanaman itu adalah sebagai permulaan Projek 2 Juta Program Penanaman Pokok di Kompartmen 42 Hutan Simpan Pedu.


Katanya, pelbagai jenis pokok akan mula ditanam di Kedah bermula tahun ini sehingga 2030 sebagai salah satu usaha memelihara kehijauan di negeri ini.

“Program tanaman 2.2 juta pokok itu adalah sebagai mewakili jumlah penduduk negeri ini, yang mana seorang penduduk bersamaan satu pokok yang ditanam,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek 2 Juta Program Penanaman Pokok di Kompartmen 42 Hutan Simpan Pedu di sini pada Selasa.



]
Sultan Sallehuddin berkenan mencemar duli merasmikan Majlis Pelancaran Projek 2 Juta Program Penanaman Pokok di Kompartmen 42 Hutan Simpan Pedu pada Selasa.




Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah turut berkenan mencemar duli merasmikan majlis tersebut.


Menurut Bakar, idea tanaman pokok itu tercetus hasil kesedaran daripada titah Tuanku Sultan Kedah yang mahu penduduk di negeri ini mengekalkan kelestarian alam sekitar.


"Kita dapati banyak kawasan hutan yang diceroboh dan dikategorikan sebagai tercorot, pokok dah banyak dimusnahkan, ditebang, dicuri. Ada pokok di kawasan hutan bakau dan pokok yang ditanam pihak berkuasa tempatan tetapi belum sampai tahap memuaskan," jelasnya.

Beliau menambah, pihaknya juga mengambil inisiatif menggembleng usaha bagi memulihkan kelestarian alam sekitar supaya Kedah menjadi negeri yang hijau dan sempurna untuk ditinggalkan kepada generasi akan datang.

"Penumpuan diberikan kepada hutan tercorot seperti Hutan Simpan Pedu ini yang suatu ketika dahulu diceroboh. Kita akan tanam balik dengan pokok-pokok hutan diselang-seli dengan tanaman pokok nadir, beberapa kawasan telah dikenal pasti.

"Selain hutan, tumpuan penanaman pokok juga kita berikan di kawasan bandar serta hutan paya bakau seperti di Sungai Merbok dan Sungai Kedah bagi menghalang hakisan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), Muhamad Abdullah berkata, pokok buah-buahan hutan spesies nadir yang ditanam itu, akan membantu mempercepatkan proses penghijauan kawasan berkenaan.

"Spesies yang akan ditanam hari ini adalah pokok tampoi, sentul, asam gelugur, kembang semangkuk, gajus, terap, nangka, durian, rambutan, mata pelanduk, kandis, tulang daim, manggis, rambai hutan, mertajam, berangan dan kundang hutan.

"Pokok-pokok ini dipilih kerana ia mudah tumbuh cepat dan berbuah serta menjadi makanan kepada hidupan liar selain akan membantu untuk penyebaran biji benih," katanya.

Jelasnya, bagi kawasan hutan, JPNK akan menanam spesies asal iaitu meranti, keruing, balau, merbau, kempas dan lain-lain kerana kawasan berkenaan tidak sesuai ditanam di kawasan terbuka seperti kawasan matau.

https://www.sinarharian.com.my/article/708466/edisi/utara/250-pokok-ditanam-permulaan-projek-2-juta-tanaman


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.492242 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list