PPS dibuka bagi menempatkan mangsa banjir dari Kampung Pujut Tanjung Batu.
MIRI: Penduduk Kampung Pujut Tanjung Batu yang kediaman mereka dinaiki air di tahap membimbangkan telah mula dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dewan kampung tersebut.
Tinjauan mendapati, mereka telah dihantar ke dewan kampung tersebut.
Pasukan penyelamat dibantu oleh penduduk bekerjasama membantu mangsa dipindah ke tempat yang selamat.
Sebahagian besar kampung itu telah dinaiki air dipercayai sehingga paras pinggang dewasa disebabkan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.
.
Keadaan banjir di Kampung Pujut Tanjung Batu.
Kebanyakan kediaman yang terjejas adalah berdekatan sungai dan jalan Bypass.
Hujan berterusan menyebabkan air melimpah ke kawasan lain.
Penduduk turut memindahkan kenderaan di tepi jalan dan di kediaman jiran lain yang masih selamat.
Mereka khuatir, hujan berterusan akan menjejaskan lagi masalah banjir yang dialami.
KPTB antara kawasan kediaman yang teruk dilanda banjir di sini.
Mangsa banjir dipindahkan ke PPS.
|