Yii bersama kakitangan MBM ketika lawatan di kampung Lereng Bukit yang dilanda kejadian tanah runtuh.
MIRI: Penduduk Miri diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa sekarang Datuk Bandar Adam Yii berkata, hujan lebat yang berterusan serta fenomena air pasang telah menyebabkan beberapa kawasan di Miri mengalami banjir dan tanah runtuh.
“Saya amat memahami kesukaran yang dihadapi oleh keluarga yang terkesan, dan saya berdukacita atas musibah yang menimpa. “Marilah kita bersama-sama berdoa agar keadaan segera pulih dan kita semua dilindungi daripada sebarang bencana,” jelas beliau dalam kenyataan pada hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut itu menyeru semua warga Miri untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, mengutamakan keselamatan keluarga, dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Yii menambah, sekiranya penduduk memerlukan bantuan segera, mereka diminta maklumkan kepada pasukan beliau atau pihak berkuasa berkaitan.
“Bersama kita hadapi cabaran ini dengan tabah dan saling membantu”, tambahnya.
|