CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6225|Reply: 0

[Sabah] Pastikan keselamatan pengguna terjamin melalui produk elektrik diperakui ECoS, SIRIM

[Copy link]
Post time 30-1-2025 08:19 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: David merakamkan gambar kenangan semasa mengadakan perbincangan bersama ECoS.

KOTA KINABALU: Pengerusi Yayasan Pengguna Nasional Malaysia (YPNM) Cawangan Sabah, David Chan, baru-baru ini mengadakan perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS), Datuk Abdul Nasser Abdul Wahid dan pasukan teknikalnya bagi menekankan peranan proaktif ECoS dalam melindungi kepentingan pengguna.

Katanya, antara perkara utama yang diketengahkan ialah keperluan bagi pembekal dan peniaga yang mengimport atau menjual produk elektrik untuk mematuhi peraturan yang berkaitan, termasuk keperluan pelabelan ECoS.

“Pensijilan ini menjamin produk memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan serta sesuai untuk spesifikasi bekalan kuasa Malaysia.

“Pengguna dinasihatkan agar berwaspada semasa membeli produk elektrik dengan memastikan produk mempunyai label SIRIM yang diiktiraf oleh ECoS.

“Langkah ini penting untuk memastikan produk adalah selamat digunakan, mematuhi keperluan voltan tempatan, dan menyediakan liputan jaminan yang sesuai, membuat pilihan produk yang bijak adalah penting untuk keselamatan keluarga dan rumah,” katanya.

Beliau juga menyeru kepada peniaga agar bekerjasama sepenuhnya dengan ECoS dengan mematuhi peraturan dan mengelakkan penjualan produk elektrik yang tidak diperakui.

Katanya, kegagalan untuk mematuhi peraturan boleh mengakibatkan denda atau rampasan produk oleh ECoS.

“Peniaga memainkan peranan penting dalam memastikan hanya produk elektrik yang diperakui dan selamat sampai kepada pengguna.

“YPNM Cawangan Sabah kekal komited untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna dan peniaga agar mengutamakan keselamatan dan pematuhan peraturan.

“Dengan terus berhubung dengan pihak berkepentingan dan bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti ECoS, kami berusaha menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan memastikan perlindungan pengguna,” katanya.

Sementara itu, Nasser menyeru pengguna dan peniaga untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraturan dan garis panduan yang berkaitan di laman web ECoS di www.ecos.gov.my.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.388384 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list