CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20506|Reply: 0

[Sarawak] Tiga pusat PPS dibuka di Sibu susulan hujan berterusan sejak beberapa hari

[Copy link]
Post time 30-1-2025 09:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 30-1-2025 01:01 PM



Mangsa banjir sedang menunggu giliran mendaftarkan diri di PPS SJK(C) Tong Ah, Selangau pada Rabu.
SIBU: Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Bahagian Sibu bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat banjir susulan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Setakat malam tadi, seramai 723 mangsa daripada 160 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dipindahkan ke PPS yang dibuka di Kanowit dan Selangau.

Menurut laporan terkini Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, PPS pertama dibuka di Dewan Penghulu Seribu, Nanga Tada, Kanowit pada jam 11.30 pagi semalam dan telah menempatkan 215 mangsa daripada 53 Keluarga Isi Rumah (KIR).
Di Selangau, dua PPS telah dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Arip pada jam 12.30 tengah hari dengan menampung 287 mangsa (49 KIR) dan SJK (C) Tong Ah pada jam 5.30 petang yang menempatkan 221 mangsa (58 KIR).

Di Kanowit, antara rumah panjang yang terjejas termasuk Rumah Jude Unchu, Rumah Bulan Nyalih, Rumah Kubu, Nanga Tada, Rumah Charles Mujah, Rumah Janggu Jampong serta beberapa kediaman persendirian di sekitar Nanga Tada.

Di Selangau, lapan kawasan terjejas antaranya Gereja SIB Selangau, Rumah Chandu Nawan, Rumah Nyarapong Nyalih, Rumah Layang Dunggat, Rumah Ambrose Ramping, Rumah Sambau Narang, Rumah Ragai Medan dan Rumah Engking Pangkas.


Pihak ATM turunt serta dalam mengangkut mangsa ke PPS di kawasan daerah Selangau.


Salah sebuah keluarga yang selamat di tempatkan di SK Bukit Arip, Selangau.

Pelbagai agensi penyelamat telah dikerahkan ke lokasi-lokasi terjejas untuk memastikan keselamatan mangsa dan kelancaran operasi pemindahan.

Agensi yang terlibat termasuk APM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Di PPS Dewan Penghulu Seribu, Kanowit, seramai 12 anggota APM Kanowit, 10 anggota APM Sibu, tiga anggota polis, tiga anggota bomba, dua anggota RELA, enam petugas kesihatan dan 15 anggota ATM telah ditempatkan untuk menguruskan keperluan penduduk.

Sementara itu, di PPS SJK (C) Tong Ah, Selangau, seramai dua pegawai dan 16 anggota APM, 17 anggota polis, 10 anggota bomba, lima petugas kesihatan dan empat anggota JKM bertugas untuk memastikan kebajikan serta keselamatan mangsa.


PPS di Dewan Penghulu Seribu, Nanga Tada, Kanowit pada jam 11.30 pagi Rabu.

Sehingga, keadaan di semua PPS terkawal dengan bekalan makanan dan keperluan asas sedang disalurkan secara berperingkat.

JKM telah menghantar bekalan air mineral dan makanan kering kepada mangsa, sementara ATM dan APM telah memasang partition di Dewan Penghulu Seribu, Kanowit bagi memastikan keselesaan penghuni.

Pihak berkuasa akan terus memantau keadaan cuaca dan paras air dari masa ke semasa.

Orang ramai juga dinasihatkan agar berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.074733 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list