Kenderaan mangsa mengalami remuk teruk di bahagian hadapan selepas kejadian tersebut. - Gambar JBPM
SIBU: Seorang lelaki tersepit dalam keretanya selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Salim Stabau, di sini, malam tadi. Mangsa berusia 30 tahun.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kejadian berlaku sekitar jam 11:05 malam.
"Operasi menyelamat dijalankan menggunakan peralatan khas, iaitu Rescue Tool, dan berjaya mengeluarkan mangsa dari kereta tersebut.
"Mangsa yang mengalami kecederaan telah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS Bomba sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.
Seramai 10 anggota bomba, bersama satu unit Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit EMRS, terlibat dalam operasi menyelamat tersebut.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11:58 malam. Punca kemalangan masih dalam siasatan.
Mangsa diberi rawatan awal sebelum dibawa ke hospital. - Gambar JBPM
|