CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20739|Reply: 0

[Sarawak] Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bintulu boleh dihubungi untuk dapatkan bantuan: Tiong

[Copy link]
Post time 30-1-2025 09:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 30-1-2025 01:53 PM



Keadaan rumah yang dihiasi hiasan perayaan dan kenderaan yang ditenggelami air banjir.

BINTULU: Sambutan hari pertama Tahun Baharu Cina (TBC) dengan banyak rumah dihiasi hiasan merah perayaan menjangkakan perjumpaan keluarga yang meriah bagaimanapun tidak kesampaian susulan musibah banjir.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Bintulu, Dato Sri Tiong King Sing berkata, banjir yang melanda selepas hujan lebat tanpa henti telah mengakibat perhiasan dan rumah musnah ditenggelami air.

Katanya, kerugian kewangan yang besar dan memaksa keluarga untuk menunggu tanpa berdaya di pusat-pusat pemindahan untuk air banjir surut sebelum kembali semula ke rumah mereka.

"Kita tidak boleh membiarkan rakyat Bintulu mengalami kesusahan sebegitu lagi, maka projek mendalam dan melebarkan sungai di sini mesti dimulakan tanpa berlengah untuk mengurangkan risiko banjir seumpamanya berulang," katanya dalam kenyataan media hari ini.


Steven (kanan) bersama anggota penyelamat memindahkan mangsa banjir yang terkandas di Bintulu.

Begitupun katanya, mereka yang memerlukan bantuan, hubungi beliau di talian 019-9565555 atau Pusat Khidmat Rakyat Kawasan Parlimen P217 Bintulu di talian 086-312979 atau Pegawai Hal Ehwal Khas Menteri Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan, Steven Kong Kai Seng (012-8049663).

"Sebagai alternatif, hubungi nombor berikut di talian 086-332222, 086-318233, 086-339781 dan 014-8821243 (Kebajikan).

Penduduk dinasihati meminimumkan aktiviti luar dan mengutamakan keselamatan bagi mengelak risiko kemalangan," jelasnya.


Pasukan PDP dan Pusat Khidmat P217 Bintulu bersama bersedia dengan perahu untuk membantu mangsa banjir.

Terdapat lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk membantu dan menempatkan mangsa banjir iaitu di PPS Pusat Sukan BDA Kidurong, PPS Balai Raya Jepak, PPS Stadium Muhibah, PPS Dewan Suarah Bintulu dan PPS Dewan SMK Assyakarin Sg Plan.
Katanya, kesemua lima pusat pemindahan kini beroperasi sepenuhnya, menyediakan bantuan penting kepada mereka yang terjejas akibat bencana.

Pada masa sama katanya, kami menggembleng sumber untuk mempercepatkan usaha bantuan dan pemulihan, memastikan keperluan asas mangsa banjir dipenuhi dengan secukupnya.

Katanya, selepas tiga hari dua malam hujan lebat tanpa henti, Bintulu telah ditenggelami air dengan mengakibat banyak kawasan di landa banjir dan lokasi paling teruk paras airnya mencecah hampir ke tingkat dua bangunan kediaman.

"Ramai mangsa banjir, terutamanya warga emas, wanita dan kanak-kanak, telah terkandas di rumah mereka, menunggu untuk diselamatkan," katanya sambil berterima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang segera mengaktifkan mekanisme tindak balas kecemasan 24 jam.


Kelihatan sebuah rumah di Bintulu yang ditenggelami air.

Jelasnya, melalui penyelarasan operasi bersama Pejabat Residen Bintulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) digerakkan dengan pantas untuk menjalankan usaha menyelamat di kawasan terjejas.

"Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Timbalan Premier Sarawak dan Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas, serta semua anggota penyelamat dan pasukan bantuan, ahli-ahli Parti Demokratik Progresif (PDP) dan pasukan Pusat Khidmat P217 Bintulu kerana bersama-sama membantu dalam saat genting ini," katanya.

Katanya, mereka mengerahkan bot mencari dan menyelamat di kawasan terjejas untuk memindahkan penduduk yang terkandas dan membantu memindahkan mereka ke lima pusat pemindahan banjir yang ditetapkan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.072515 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list