CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19077|Reply: 0

[Sarawak] Tanah runtuh: Dua pintu Rh Banyang di Julau terjejas

[Copy link]
Post time 30-1-2025 11:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 30-1-2025 03:11 PM



Keadaan tanah runtuh yang berlaku dibahagian belakang rumah panjang di Rumah Banyang, Nanga Lijan, Julau.

JULAU: Dua pintu bilik rumah panjang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Rumah Banyang, Nanga Lijan di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihak bomba telah menerima laporan berkaitan dengan kejadian tersebut daripada pihak Pejabat Daerah Julau, sebelum mengerahkan dua anggota ke lokasi.

"Ketika sampai di lokasi tersebut, anggota bomba mendapati kejadian tanah runtuh tersebut telah berlaku di bahagian belakang rumah penduduk terbabit.


Anggota bomba menunjukkan tanah runtuh yang telah menjejaskan bahagian tandas rumah penduduk di Rumah Banyang, Nanga Lijan di Julau.

"Hasil pemantauan yang dilakukan, pihak bomba mendapati kejadian tanah runtuh tersebut telah menyebabkan kerosakan di bahagian tandas dua penduduk berkenaan yang tinggal di bilik bernombor 9 dan juga 10," katanya kepada media semalam.

Melalui pemantauan tersebut juga, kata Mahmudin, kejadian tanah runtuh tersebut telah melibatkan keluasan sekitar lima meter panjang dan tiga meter lebar.

Menurutnya, tiada insiden yang tidak diingini dilaporkan berlaku akibat kejadian tersebut.

"Berdasarkan situasi berkenaan, pihak bomba telah memasang tali sawar-sawar di lokasi runtuhan.

"Anggota bomba turut mengingatkan penduduk agar berwaspada selalu dan berpindah ke tempat yang selamat sekiranya situasi runtuh menjadi berbahaya," kata Mahmudin lagi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.045810 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list