CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38892|Reply: 0

Hamilton terlibat dengan kemalangan semasa uji pandu Ferrari di Barcelona

[Copy link]
Post time 31-1-2025 03:38 PM | Show all posts |Read mode


Gambar fail serahan Ferrari pada 22 Januari menunjukkan Lewis Hamilton menguji pandu kereta Ferrari di Litar Fiorano. Hamilton memandu kereta Ferrari buat kali pertama selepas berpindah ke pasukan dari Itali itu pada akhir musim lepas. - Gambar AFP

BARCELONA: Juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton, terbabas dari litar semasa sesi uji pandu hari kedua bersama pasukan baharu, Ferrari di Barcelona pada Rabu namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu berusia 40 tahun dari Britain, dalam sesi uji pandu kedua bersama Ferrari selepas 12 tahun cemerlang bersama Mercedes, hilang kawalan ketika memandu kereta 2023 dan merempuh dinding penghadang di Litar Catalunya.

Sumber yang rapat dengan pasukan memberitahu agensi berita AFP bahawa Hamilton "sangat OK" dan masih menerokai prestasi kereta.

Hamilton berkongsi kereta dengan rakan sepasukannya Charles Leclerc ketika membuat persediaan untuk musim baharu 2025, yang bermula pada bulan Mac dengan perlumbaan Grand Prix Australia di Melbourne Park.

Kontrak dua tahunnya bersama Ferrari bermula minggu lepas apabila melakukan uji pandu di Litar Fiorano berhampiran ibu pejabat Ferrari di Maranello.

Ferrari akan memperkenalkan kereta baharu mereka pada 19 Februari di Fioranoi, sehari selepas F1 melancarkan musim baharu di London untuk meraikan ulang tahun ke-75 sukan itu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.856547 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list