CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9171|Reply: 0

[Johor] Mak andam Ponorogo 'terbang' ke Malaysia, kongsi ilmu perkahwinan adat Jawa

[Copy link]
Post time 5-2-2025 09:30 AM | Show all posts |Read mode

Pasangan pengantin Nik Nur Elly Ezlieana (berdiri, empat, kanan) dan Muhammad Iqbal Sairi (berdiri, tiga, kiri) serta keluarga pengantin perempuan bergambar bersama kumpulan tarian Barongan yang merupakan persembahan tradisi masyarakat Jawa. FOTO BERNAMA

Batu Pahat: Demi memastikan keaslian adat perkahwinan Jawa terus terpelihara, seorang tukang andam Indonesia sanggup merentasi lebih 1,500 kilometer dari Ponorogo, Jawa Timur ke Malaysia untuk menghidupkan kembali elemen tradisi itu dalam sebuah majlis perkahwinan di daerah ini.

Fadila Rahmatika, 40, yang berpengalaman lebih dua dekad dalam bidang andaman berkata, beliau terpanggil untuk membawa sentuhan autentik adat perkahwinan orang Jawa selepas melihat kebanyakan majlis yang berlangsung di negara ini tidak begitu menepati unsur tradisional kumpulan etnik terbesar di negara jiran itu.

"Kebanyakan perkahwinan bertemakan Jawa yang berlangsung di sini lebih menumpukan kepada busana pengantin saja.

"Tidak lengkap jika hanya pasangan pengantin saja yang mengikut tema Jawa tetapi tidak pada yang lain, seperti ahli keluarga, tukang 'rewang' yang lengkap berpakaian kebaya bagi perempuan dan berbaju ala batik bagi lelaki," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas mengandam pasangan Nik Nur Elly Ezlieana Salikhin dan Muhammad Iqbal Sairi di Kampung Linau Kecil, Bukit Pasir, di sini, baru-baru ini.

Fadila yang mengusahakan perniagaan andaman bersama dua anaknya Meriza Kamela, 25, dan Faliha Rozana, 20, menjelaskan persiapan bagi majlis perkahwinan bertemakan Jawa memerlukan ketelitian tinggi bagi memastikan ia mengikut adat serta konsep asal yang diamalkan di Jawa, Indonesia.

"Untuk majlis ini, dengan kerjasama daripada keluarga dan bapa pengantin (Salikhin Mahmood) kami perlu menyiapkan kesemuanya dalam tempoh tiga minggu termasuklah makanan, pelamin, persembahan iringan dan pelbagai lagi," katanya.

Beliau yang teruja berkongsi dengan penduduk setempat mengenai adat sebenar perkahwinan bertemakan Jawa berkata, tetamu pada majlis itu turut dijamu dengan lauk-pauk tradisional bangsa itu seperti rawon, kulit lembu, asam pedas urat lembu, sambal goreng dan bakso, sambil diiringi persembahan barongan, iaitu antara elemen yang sering ditinggalkan dalam majlis di sini.

Fadila berkata, selain tumpuan kepada busana pengantin, hiasan pelamin dengan latar bunga-bungaan dan hiasan daun kelapa turut ditampilkan kerana aspek dekorasi memainkan peranan penting dalam menyerlahkan keunikan adat perkahwinan kumpulan itu.

"Dalam adat perkahwinan Jawa, pasangan pengantin juga sepatutnya mengenakan beberapa persalinan yang melambangkan pelbagai tradisi seperti Adat Jawa Solo, Adat Jawa Jogja dan Adat Sunda yang disesuaikan dengan pakaian Muslimah," katanya.

Sementara itu, pengantin perempuan, Elly Ezlieana berkata, pemilihan tema Jawa dalam perkahwinannya adalah sebagai usaha mengekalkan warisan nenek moyangnya yang berasal daripada Jawa Timur.

"Kebanyakan perkahwinan ala Jawa yang dilaksanakan di negara ini telah dicampur dengan konsep atau tema moden yang menghilangkan keasliannya," katanya yang berhubung dengan Fadila menerusi media sosial.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.187746 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list