CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5959|Reply: 0

Kereta terpanjang dunia kembali 'berkilau'

[Copy link]
Post time 5-2-2025 04:06 PM | Show all posts |Read mode


Washington: The American Dream bukan sekadar sebuah limosin, tetapi kenderaan luar biasa dengan panjang lebih 30 meter yang mampu memuatkan sehingga 75 penumpang sekali gus, menjadikannya kereta terpanjang di dunia.

Oddity Central melaporkan, ia diperbuat daripada enam limosin Cadillac Eldorado 1976, namun bukan kenderaan yang paling mudah untuk bergerak.

The American Dream yang dicipta pada 1986 oleh pengumpul dan pengubah suai kereta terkenal, Jay Ohrberg, pada asalnya berukuran 18.28 meter dan dikuasakan oleh sepasang enjin V8, satu di hadapan dan satu lagi di belakang.

Ohrberg kemudiannya memanjangkan kenderaan uniknya hingga 30.5 meter.

Rekod Dunia Guinness (GWR) mengiktiraf The American Dream sebagai kereta terpanjang di dunia pada 1986.

Limosin gergasi itu juga pernah dipaparkan di muka depan beberapa majalah, rancangan televisyen, dan filem hingga menjadi popular.

Bagaimanapun, popularitinya merosot, dan akhirnya ia ditinggalkan di belakang gudang di New Jersey selama beberapa dekad sehingga sepasang peminat automotif membelinya dan mengembalikan kegemilangannya.

Hari ini, The American Dream kembali mendapat perhatian dengan 26 roda serba baharu, lapisan cat putih dan penambahan beberapa inci pada panjangnya yang sudah mengagumkan.

Ia hasil usaha Michael Dezer dan Michael Manning, yang menemui ia disenaraikan dalam talian lalu memutuskan untuk membeli serta memulihkannya.

Mereka melabur beberapa tahun dan melakukan banyak perubahan, namun hasilnya sangat mengagumkan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.103302 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list