CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20410|Reply: 0

[Johor] ASEAN: 48 pegawai wakil 10 negara hadiri mesyuarat jenayah rentas sempadan

[Copy link]
Post time 6-2-2025 07:35 AM | Show all posts |Read mode

Wakil 10 negara anggota ASEAN menghadiri Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN ke-3 Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOMTC) – Kumpulan Kerja Mengenai Perkara Umum Jenayah Rentas Sempadan (GTCM) di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Seramai 48 pegawai daripada 10 negara anggota ASEAN menghadiri Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN ke-3 Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOMTC) – Kumpulan Kerja Mengenai Perkara Umum Jenayah Rentas Sempadan (GTCM) di sini, semalam.

Mesyuarat berkenaan acara pembuka tirai bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dan ia dianjurkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN melalui kenyataan berkata, mesyuarat pertama bagi tahun ini memberi tumpuan kepada perbincangan langkah ke arah pengukuhan kerangka kerja, koordinasi serta hubungan kerjasama antara negara anggota ASEAN dalam menangani jenayah rentas sempadan.

Katanya, mesyuarat kali ini juga kesinambungan kepada gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahukan era transformatif bagi negara ASEAN ketika Malaysia bersedia untuk memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025.

"Isu jenayah rentas sempadan bukanlah perkara baharu dalam agenda ASEAN dengan terakhir ia dibincangkan adalah pada Ogos tahun lalu dalam Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan ke-18 (AMMTC-18) di Vientiane, Laos.

"Dalam mesyuarat itu, Menteri Keselamatan Awam Vietnam, Sen Left Jen Luong Tam Quang, menggesa kerjasama serantau yang lebih erat dalam usaha memerangi jenayah rentas sempadan.

"Luong Tam, turut mengemukakan beberapa cadangan untuk memperkukuh usaha kolektif dalam menangani aktiviti jenayah rentas sempadan, termasuk memperhebat perkongsian maklumat mengenai aktiviti jenayah, penubuhan pasukan petugas bersama bagi menyiasat serta mengesahkan kes jenayah rentas sempadan, selain penyelarasan rondaan bagi membanteras pengedaran dadah, pemerdagangan manusia, jenayah terancang, dan jenayah siber," katanya.

Pada 14 Oktober lalu, Malaysia dilapor menerima tugas sebagai Pengerusi ASEAN bagi 2025, daripada Laos.

Upacara simbolik serahan tugas kepada Malaysia bermula 1 Januari lalu itu dibuat Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone kepada Anwar pada Majlis Penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) di Vientiane, Laos.


Pada majlis sama, Malaysia buat kali pertama turut memperkenalkan logo ASEAN Malaysia 2025 dengan tema 'Keterangkuman dan Kemampanan'.

Ini kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN sepanjang sejarah keanggotaan dalam blok serantau itu iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Mengulas lanjut, KDN berkata, sebagai langkah ke hadapan pihaknya menyatakan komitmen untuk menerajui penyediaan dua dokumen utama yang berkaitan dengan usaha ASEAN dalam menangani jenayah rentas sempadan.

Katanya, ia membabitkan Pelan Tindakan ASEAN dalam Memerangi Jenayah Transnasional (SOMTC) bagi 2026-2035 dan Program Kerja SOMTC bagi 2026-2028 untuk melaksanakan pelan tindakan berkaitan.

Mesyuarat itu juga berfungsi sebagai platform persiapan bagi penganjuran Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN ke-25 Mengenai SOMTC dan Mesyuarat Berkaitannya, serta Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai AMMTC ke-19 dan Mesyuarat Berkaitannya yang akan datang.

Selain negara anggota ASEAN, mesyuarat berkenaan turut disertai wakil dari Timor Leste sebagai negara pemerhati.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.190869 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list