CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20023|Reply: 0

[Johor] PKHNJ 2030 BAKAL JADIKAN JOHOR HAB HALAL GLOBAL

[Copy link]
Post time 6-2-2025 07:48 AM | Show all posts |Read mode

YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor hadir ke Sesi Libat Urus Bersama Pihak Berkepentingan dan Pemain Industri Halal Bagi Penyediaan PKHNJ 2030. | Foto MDJ Wira Anggara

JohorBahru – Kerajaan Negeri komited memperkukuhkan industri halal dan menjadikan Johor sebagai hab halal utama di peringkat nasional serta antarabangsa menerusi Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor (PKHNJ) 2030.

Pelan yang sedang dibangunkan oleh PIJ Holdings Sdn. Bhd. (PIJ Holdings) dengan kerjasama PricewaterhouseCoopers Advisory Sdn. Bhd. (PwC) itu melibatkan tujuh komponen iaitu pensijilan halal, produk atau perkhidmatan halal, pasaran halal, pemantauan halal, infrastruktur halal, kapasiti halal serta digital halal.

Dengan peningkatan permintaan terhadap pasaran halal merangkumi industri makanan, kosmetik dan pelancongan, pelan yang merupakan inisiatif Belanjawan Johor 2025 itu bakal memberi manfaat seterusnya menjadikan Johor sebagai hab halal global.

Dalam Belanjawan Johor 2025, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM800,000 bagi membangunkan PKHNJ 2030 untuk merancakkan industri halal di Johor khususnya dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan akan dilancarkan pada tahun ini.

Terdahulu, YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor hadir ke Sesi Libat Urus Bersama Pihak Berkepentingan dan Pemain Industri Halal Bagi Penyediaan PKHNJ 2030, petang tadi.

Turut hadir, YBhg. Cik Hajah Shubanah Yusuf, Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor; YBhg. Encik Abdul Malik Ismail, Pengarah Urusan PIJ Holdings dan YBrs. Encik Wan Aminudin Aminin Wan Sulaiman, Pengurus PIJ Halal Ventures Sdn. Bhd.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.047817 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list