View: 10786|Reply: 0
|
[Dunia]
Tak berjaya nak cabul, lelaki pukul dan bunuh ibu saudara sendiri
[Copy link]
|
|
Seorang wanita maut dicekik oleh anak saudaranya sendiri kerana melawan ketika dicabul suspek pada Sabtu.
Ketika kejadian, mangsa berusia 35 tahun bersendirian sehingga anak lelaki kepada abang iparnya masuk ke bilik dan cuba mencabulnya.
"Apabila dia melawan, anak saudaranya berusia 22 tahun didakwa memukulnya di kepala dengan kayu menyebabkan dia tidak sedarkan diri.
"Suspek kemudian bertindak mencekik mangsa hingga mati," kata Penguasa Polis, Manoj Kumar Awasthi.
Kejadian berlaku di Katia, Meeranpur Katra, India.
Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
Difahamkan ketika kejadian bapa kepada suspek berada di luar rumah mangsa.
Polis hanya dimaklumkan kejadian itu pada pagi Sabtu dan suspek kini dalam buruan selepas melarikan diri.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|