View: 33523|Reply: 15
|
Ibu merungut beg sekolah anak berat ‘kalah beras’
[Copy link]
|
|
Di aplikasi TikTok, seorang wanita turut membuat luahan mengenai perkara itu sehingga perkongsiannya meraih perhatian ramai.
Menurut wanita tersebut, anaknya terpaksa membawa beg yang berat dengan pelbagai buku setiap hari, namun masih tidak belajar seperti sepatutnya di sekolah.
"Setiap hari murid kena bawa buku sebeban, berkilo-kilo kalah berat beras. Balik dari sekolah, buku semua kosong. Bila ditanya belajar apa di sekolah tadi? Jawabnya tak belajar.
"Runsing tak tahu nak rasa apa. Sebagai mak, aku bukan nak sekolah ringankan beg sekolah anak aku, tapi aku nak tengok anak aku pergi sekolah dan belajar," tulis wanita itu.
Dalam hantaran sama, wanita itu mendakwa Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) lebih serius dalam mendidik murid-murid berbanding sesi persekolahan biasa.
Jelasnya, dia merasakan tiada keperluan untuk pihak sekolah membazirkan waktu pembelajaran dengan pelbagai majlis yang tidak sepatutnya.
"Kafa dah berhelai-helai buku bertulis, nampak bertanda oleh ustaz dan ustazah, nampak belajarnya. Sekolah Kebangsaan? Majlis guru pindah la, majlis itu ini, orang luar datang jual buku cerita setahun berpuluh kali.
"Sambutan itu sambutan ini. Ada je acara lain selain belajar. Terlalu banyak masa digunakan untuk yang tak wajib. Ini sekolah rendah tau, belum menengah lagi.
"Mansuhkan segala peperiksaan, end up semua jadi banyak main. Sumpah aku rindu persekolahan zaman aku," tulisnya lagi dalam hantaran tular itu.
Teguran terbuka yang dibuat wanita itu menerima hampir 150,000 tontonan dan turut menerima banyak komen termasuklah penjelasan daripada seorang guru.
"Minggu pertama memang kami tak boleh mengajar puan. Ikutkan kami nak terus masuk gear tiga. Kami penat set up program minggu pertama.
"Buat kertas kerja, dekorasi kelas, gotong royong sekolah... kerja-kerja yang bukan hakiki. Tapi itu arahan atasan. Nampak mudah di mata ibu bapa.
"Jadi marilah ibu bapa join muafakat dengan pihak sekolah bagi mengurangkan beban kerja bukan hakiki guru. Kami nak sangat diberi hak mengajar saja sepenuh masa," jawab guru itu.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tapi memang betul
Berat gila |
|
|
|
|
|
|
|
pastikan dapat jadual dulu, baru susun buku tu. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju memang berat org dewasa pun tak larat angkat ini kan pulak bebudak |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan ku complain dah nak belajar Mak bising buku aktiviti tak ada. Minggu pertama sesi ceria tak ada pula inisiatif cari. Dah nak mula belajar kata anak bising buku aktiviti bi tak ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
Parents tanya buku aktiviti bi minggu lepas. Kawan aku tolong print page expected Cikgu buka dgn dia tolong parents lain set kan idme. Dia buatkan.
Minggu ini parent yg minta share buku aktiiviti bi minggu lepas boleh tanya lagi dlm group kelas mlm tadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Check bag sekolah anak. Entah2 disumbat segala buku tak ikut jadual. |
|
|
|
|
|
|
|
dah takde loker ke sekarang.? anak sedara aku takde loker, tapi ada storage box tu untuk simpan buku teks |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg berat nak mampuihhh pu
Sehari ada 5 subjek pastu ada yg satu masa je
Cikgu plak susah betul nk bttau hari apa yg kena bawak buku itu ini
Sian budak dh la kelas tingkat 3, anak iols tu dh petite berat pun belas2 kilo je
Lg satu jadah apa PJK pun nk buku teks, aktiviti bagai!
Satu subjek ada 4 buku.Pastu taktau nak kena bawak semua ke tidak.
|
|
|
|
|
|
|
|
dekmieDandy replied at 5-3-2025 08:56 AM
dah takde loker ke sekarang.? anak sedara aku takde loker, tapi ada storage box tu untuk simpan buku ...
Darjah 1 ringan la skit beg sbb buku teks je yg perlu bawa, lelain semua tinggal kat locker dan cikgu jagakan sekali
Tp bila Darjah 2 cikgu kata kena jaga sendiri kalau hilang
Jd semua budak tak guna laa lagipun kelas kongsi ngn budak sesi pagi risau la kang ilang ke apa.
Darjah 3 takde locker dh dlm kelas. |
|
|
|
|
|
|
|
Andyscenes replied at 4-3-2025 04:21 PM
pastikan dapat jadual dulu, baru susun buku tu.
Mmg susun ikut jadual pun, ni cth jadual kelas anak iols.
Setiap subjek tu ada 3-4 buku kena bawa.
Satu buku teks, buku aktiviti, buku tulis dan buku kerja/aktiviti ke 2.
Ari isnin mmg berat nk mampus
PJK tetap kena bawak buku juga.
Pendidikan islam tak campur sekali ngn B arab, tasmik bagai tu. Jd buku berbeza kena bawa.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
masalah yg sama berzaman2 dr kita kecik sampai dah masuk level veteran ni  |
|
|
|
|
|
|
|
sekolah da patut sediakan locker utk budak da.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 8-3-2025 10:10 AM
Andyscenes replied at 7-3-2025 04:41 AM
sekolah da patut sediakan locker utk budak da.
Meols nak bebudak guna tab pi sekolah. Guna buku teks digital sajork. B40 boleh beli rega 100 dengan subsidi gomen. Kamoooonnn gomeennnnn
|
|
|
|
|
|
|
|
tiap tahun isu beg skolah.
aku tk kisah sgt guna buku teks dlm klas sbb selalu nya utk next klas dh ckp tajuk dan kemahiran yg mana dan muka surat apa.. baca lah dulu, tengok langkah penyelesaian nya. maths kan. byk nombor je.
sbb latihan dlm klas semua mmg guna handout lain. jd kita susun ikut kebolehan murid dlm klas tu. dan pastikn siap dlm klas jugek.
yg homework baru guna soalan latihan dlm buku teks. pun tk byk, 5 soalan ke.
|
|
|
|
|
|
|
|
tiap tahun isu beg skolah.
aku tk kisah sgt guna buku teks dlm klas sbb selalu nya utk next klas dh ckp tajuk dan kemahiran yg mana dan muka surat apa.. baca lah dulu, tengok langkah penyelesaian nya. maths kan. byk nombor je.
sbb latihan dlm klas semua mmg guna handout lain. jd kita susun ikut kebolehan murid dlm klas tu. dan pastikn siap dlm klas jugek.
yg homework baru guna soalan latihan dlm buku teks. pun tk byk, 5 soalan ke.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|