CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7189|Reply: 0

Nak sangat merokok! Bapa tonyoh rokok kretek kat mulut anak

[Copy link]
Post time 4-3-2025 12:26 PM | Show all posts |Read mode


Seorang lelaki berkongsi kenangan tidak dapat dilupakan apabila 'kantoi' merokok dengan bapanya.

"Aku pernah kantoi hisap rokok masa tingkatan empat, kena tonyoh dengan bapa aku rokok kretek kat mulut.

"Rokok kretek bara dia seketul-seketul jatuh dekat kain pelikat aku habis berlubang," katanya.

Tambahnya selepas beberapa tahun iaitu selepas tamat persekolahan bapanya seolah-olah memberi kebenaran untuknya merokok.

"Beberapa tahun kemudian dia kata Ba ada dekat Langkawi ni, nak balik dah, nak pesan beli rokok apa?" katanya.

Perkongsian itu mengundang perokok dan bekas perokok berkongsi kenangan pertama kali 'kantoi' merokok.

Salah seorang netizen berkongsi kenangan dia dan adik beradik termasuk saudara maranya yang takut untuk merokok di hadapan abang sulung.

"Abang long saya haramkan rokok. Adik beradik lelaki empat orang ada seorang je merokok. Tu pun sampai berhenti merokok tak pernah kantoi.

"Sepupu pun takut. Ada seorang sepupu genggam rokok tengah membara sampai melecur tapak tangan takut kena pelempang.

"Sekarang abang long dah pencen, sepupu yang 50-an perokok pun tak berani merokok depan dia," kata lelaki berkenaan.

Pengaruh rakan sebaya antara sebab lelaki merokok ketika di bangku sekolah. -Gambar hiasanPengaruh rakan sebaya antara sebab lelaki merokok ketika di bangku sekolah. -Gambar hiasan

Tambahnya, anak-anak abangnya itu juga pernah dibelasah kerana kantoi merokok di sekolah.

"Anak abang long dua orang merokok. Yang sulung merokok kat sekolah kena tangkap dengan cikgu.

"Ayah dia tau depan-depan cikgu tu kena belasah dengan abang long," katanya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:42 PM GMT+8 , Processed in 1.439427 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list