View: 3868|Reply: 3
|
Mak ayah jangan beria paksa anak puasa, kena didik... UAI perjelas cara betul ikut Islam
[Copy link]
|
|
TINDAKAN melatih kanak-kanak berpuasa pada bulan Ramadan dengan tujuan untuk membiasakan mereka melakukan rukun Islam keempat adalah sangat digalakkan.
Pun begitu, ibu bapa dinasihatkan agar tidak terlalu optimis sehingga memaksa anak-anak mereka berpuasa penuh sepanjang hari seperti orang dewasa.
Menurut pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus, cara terbaik untuk mendidik mereka mengenai kewajipan itu adalah dengan membenarkan mereka berpuasa mengikut kemampuan sahaja.
Ini kerana, kanak-kanak tidak wajib untuk berpuasa daripada segi syarak memandangkan mereka belum cukup syarat iaitu mencapai usia baligh.
"Moleklah kalau begitu (latih puasa), yang tak molek adalah apabila kita memaksa anak-anak kita.
"Umur mereka baru sahaja enam tujuh tahun, tapi dipaksa untuk puasa penuh.
"Maksud latih, bukannya suruh puasa dari Subuh sampai Maghrib. Maksud latih adalah sampai mana anak-anak mampu berpuasa," katanya menerusi satu klip ceramah yang dikongsi di TikTok.
Dalam pada itu, Azhar turut menjelaskan masa yang sesuai untuk melatih anak-anak adalah apabila mereka menginjak usia tujuh tahun.
"Ianya bukan sunnah tetapi kalau sesiapa yang sudah melatih anak mereka sejak umur lima ke enam tahun, tak ada masalah dan dibolehkan. Tetapi yang afdal adalah bermula usia tujuh tahun," jelasnya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kalau dudlu2 umpan duit raya |
|
|
|
|
|
|
|
[AceHand SPECTaceLAR]
Bagi aku nak lateh bebudak puasa lebih susah dari nak lateh mereka solat sebab nak puasa bukang boleh paksa... Ujiang dia pong lebih tinggi... Pendapat aku lar...
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
betoll...dengan cuacanya lagi..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|