CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12553|Reply: 0

Cadillac sertai F1 tahun depan

[Copy link]
Post time 8-3-2025 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Cadillac sertai F1 tahun depan

Mac 8, 2025 @ 7:46am




Cadillac akan menyertai Formula Satu (F1) sebagai pasukan ke-11 pada tahun 2026. - Foto REUTERS



PARIS: Cadillac akan menyertai Formula Satu (F1) sebagai pasukan ke-11 pada tahun 2026.

Pengumuman itu dibuat badan pentadbir F1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) semalam. Pasukan Cadillac diterajui TWG Motorsports dan General Motors.

"Seperti kami katakan pada November, komitmen oleh General Motors untuk membawa pasukan Cadillac ke dalam Formula 1 adalah langkah positif dan penting dalam evolusi sukan ini.

"Saya ingin berterima kasih kepada GM dan TWG Motorsports di atas usaha keras mereka selama berbulan-bulan dan kami tidak sabar untuk menyambut kehadiran pasukan di atas grid bermula tahun 2026 yang akan menjadi satu lagi tahun menarik buat Formula 1," kata presiden dan CEO Formula 1, Stefano Domenicali.

Seramai 300 orang dilaporkan terbabit dalam projek persiapan kelulusan pasukan F1. CEO TWG Motorsports, Dan Towriss berkata usaha itu kini akan berkembang.




"Tahun lalu, kami bekerjasama dengan GM untuk memulakan projek menyertai Formula 1. Sekarang, dengan tahun 2026 sudah pasti selepas kelulusan terakhir hari ini daripada FIA dan Formula One Management, kami akan menggandakan usaha untuk membentuk pasukan," kata Towriss.

Buat permulaan, Ferrari akan membekalkan enjin serta kotak gear untuk projek Cadillac sebelum General Motors mengambil alih penyediaan jentera. - REUTERS

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/03/1369859/cadillac-sertai-f1-tahun-depan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 07:47 PM GMT+8 , Processed in 1.347557 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list